Suatu ketika dahulu, orang Malaysia adalah rakyat yang sangat ceria dan masih mampu mengawal keadaan walaupun marah atau sedang susah.
Namun semenjak pandemik melanda dan tempoh kawalan kendiri semakin dilanjutkan entah sampai bila, bahang depresi mulai terasa.
Bagi yang tidak memiliki pekerjaan, sudah tentulah ketua keluarganya amat pening kepala memikirkan apalah yang hendak disuap ke mulut anak dan isteri.
Biarlah sang suami atau si bapa kelaparan asalkan bukan anak dan juga isteri yang disayangi terpaksa menanggung derita yang serupa.
Bagi yang bekerja di rumah pula, gangguan untuk fokus dan bekerja menguruskan hal rumah tangga menjadi kacau bilau dan hasilnya, juga amarah yang timbul.
Situasi ini ibarat memberi satu amaran yang cukup jelas bahawa sangat bahawa jika masalah benih depresi ini gagal diselesaikan dengan awal.
Sebab itulah tidak pelik apabila kita mendengar cerita suami kurung anak dan isteri setelah kehilangan pekerjaaan dan baru-baru ini, kes bunuh diri terus terjadi.
Demi Malaiu melihat selain sibukkan tentang bantuan kesihatan menerusi vaksinasi atau kewangan menerusi pelan-pelan tertentu, ada baiknya bantuan kesihatan mental turut diperkenalkan.
Hal ini kerana takkan nak harapkan orang rumah atau jiran tetangga yang uruskan bantuan kesihatan mental? Sudah tiba masa untuk graduan yang berkait dengan psikologi tampil ke hadapan.