Masjid seluruh Perlis diarah baca Qunut Nazilah bagi keselamatan rakyat Palestin
IMAN masjid di seluruh Perlis diarah supaya membaca Qunut Nazilah pada solat lima waktu sebagai usaha membantu menyelamatkan umat Islam di Palestin yang kini sedang berhadapan dengan serangan rejim Zionis.
Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, bacaan Qunut Nazila ini dibacakan pada rakaat terakhir solat fardhu yang bermula solat Zohor ini.
“Bacaan Qunut Nazilah ini diteruskan pada setiap kali solat fardhu sehinggalah akan dimaklumkan ia perlu diberhentikan,” katanya dalam siaran media yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Perlis hari ini.
Berikutan itu, Jabatan Mufti juga mengeluarkan Panduan Doa Qunut Nazilah menurut Sunnah Nabi SAW.
Ini bagi kemudahan rujukan para imam dan anak kariah masjid di Perlis. – SM
Berikut adalah contoh bacaan doa Qunut Nazilah:
“Allahumma inna nasta’inuka wa nastaghfiruka wa nu’minu bika wa natawakkalu ‘alaika wa nuthni ‘alaikal khair, wa nashkuruka wa la nakfuruka wa nakhla’u wa natruka man yafjuruka. Allahumma iyyaka na’budu wa laka nusalli wa nasjudu wa ilaika nas’a wa nahfidu wa narju rahmataka wa nakhsha ‘adhabaka inna ‘adhabaka bil kuffari mulhiq.”
BACA Empat ketetapan dibawa TPM berhubung pertempuran terbaru di Palestin