Politik

Manifesto BN langkah padu PM Ismail Sabri untuk rakyat

USAHA dan kegigihan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memberi Keluarga Malaysia sebuah kehidupan yang selesa merupakan iltizam beliau yang diterjemahkan dalam Manifesto Barisan Nasional (BN).

Tidak perlu diungkit tentang latar belakang keluarga Ismail Sabri yang dilahirkan dalam sebuah keluarga penoreh getah di Pahang, beliau amat memahami denyut nadi rakyat yang tergolong dalam kelompok miskin dan miskin tegar.

Kemiskinan bukan sahaja dilihat di luar bandar atau di kampung-kampung tetapi miskin dalam bandar juga tidak dilepas pandang oleh Ismail Sabri.

Beliau mengambil kira kemiskinan mutlak supaya masalah dihimpit oleh kos sara hidup yang semakin meningkat menjadi agenda utama yang dilaksanakan.

Related Articles

Justeru Ismail Sabri mensasarkan menjelang tahun 2025, Keluarga Malaysia sepatutnya keluar dari kepompong miskin mutlak.

Tidak keterlaluan jika Ismail Sabri menjadi BANG JAGOH dalam perihal penghapusan miskin mutlak dan miskan tegar Keluarga Malaysia.

Beliau sendiri mempengerusikan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) yang mana, apabila Perdana Menteri sendiri yang memegang stering, pemanduannya lebih berkesan.

Bukan sahaja BMTKM ada rangka yang kukuh tetapi pengisian agenda utama membasmi kemiskinan pasti mantap dan menyeluruh.

Ismail Sabri tidak pekakkan telinga sebaliknya beliau mendengar keluhan pembayar cukai golongan M40.

Ada antara pembayar cukai dikenakan bayaran sebanyak RM50,000 dan ada juga yang membayar sehingga RM100,000.

Oleh yang demikian, untuk meringankan beban bayaran di bahu pembayar cukai berkenaan termasuk dari kategori M40, potongan cukai sebanyak dua peratus (2 %) diberi.

Kalau kita makan nasi dan menjadi darah daging, kestabilan politik dalam negara menjadi darah daging Perdana Menteri Ismail Sabri sejak menjadi Perdana Menteri yang kesembilan.

Beliau bertindak bijak umpama menarik rambut dalam tepung dan pada masa Ahli Parlimen Bera ini dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia, siasatan terhadap bekas Peguam Negara, Tommy Thomas dan terlepasnya Malaysia ke atas tuntutan Pulau Batu Puteh telah dilaksanakan.

Pemimpin-pemimpin di Sabah dan Sarawak seharusnya berterima kasih dan bersyukur dengan kerajaan pimpinan Ismail Sabri.

Walaupun kedudukan dua negeri itu tidak berada di Semenanjung namun peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Pusat kepada Sabah dan Sarawak adalah yang tertinggi.

Bajet 2023 sebagai bukti sayangnya Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Pusat terhadap Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri terdahulu cuba menyelesaikan isu MA63 tetapi gagal. Ismail Sabri berjaya bukan sahaja memperkasakan Semangat Persekutuan Malaysia tetapi juga meluluskan MA63 yang dinanti-nantikan.

Dari aspek pendidikan dan pembelajaran, graduan tidak harus dibebankan dengan bayaran pinjaman PTPTN.

Dalam Manifesto BN, pembiayaan 100 peratus PTPTN kepada pelajar dari kelompok M40 dan ke bawah dihapuskan. Bezanya dulu, hanya pembayaran graduan kelas pertama dilupuskan dan kini, ia menjadi 100 peratus.

Bekalan telor ayam dan ayam yang sukar diperoleh di pasaran dikategorikan di bawah Sekuriti Makanan.

Langkah penghapusan AP pengimport makanan dibuat oleh kerajaan supaya bekalan ayam dapat ditingkatkan dan produk telor ayam mencukupi.

Bukan omong kosong kerana rakyat mahu melihat langkah proaktif dalam menangani masalah bekalan ayam dan telor ayam.

Satu Jawatankuasa Sekuriti Makanan Negara ditubuhkan bagi memastikan pelaksanaan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021 hingga 2025 tercapai. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button