Malaysia sinarkan cahaya harapan untuk Palestin di struktur ikonik
Penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin berikutan serangan tidak berperikemanusiaan regim Israel benar-benar menghiris hati dan perasaan rakyat Malaysia.
Perasaan geram begitu membuak-buak melihat bumi Palestin dibom bertubi-tubi oleh askar Palestin tanpa belas kasihan.
Tidak banyak yang boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia dan pemimpinnya kecuali beberapa perkara termasuk mengutip sumbangan untuk membantu berpuluh ribu rakyat Palestin yang kehilangan rumah kerana dibom.
Malah ada yang berjihad dengan ‘menyerang’ media sosial yang pro-Isreal mendedahkan fakta mengenai kekejaman yang dilakukan Isreal yang bukan sahaja merampas tanah rakyat Palestin tetapi juga membubuh rakyatnya.
Tidak cukup dengan itu struktur-struktur ikonik di Malaysia diterangi dengan warna-warna bendera Palestin – merah, hitam, putih dan hijau.
Di ibu negara Kuala Lumpur, Menara Kuala Lumpur yang megah berdiri memancarkan cahaya terang terang benderang warna bendera Palestin memberi isyarat kepada dunia bahawa Malaysia tidak akan membiarkan Palestin bersendirian berhadapan regim ganas Israel.
Di Kedah, Menara Alor Setar memancarkan cahaya yang sama untuk memberitahu bahawa rakyat Malaysia sentiasa bersama rakyat Palestin ketika berhadapan waktu sukar dan derita ketika ini.
Di Terengganu Jabatan Drawbridge yang gagah disimbahi warna bendera Palestin seolah-olah turut meratapi segala kesengsaraan yang dihadapi rakyat negara itu.
Di Pahang, Menara Kuantan 188 juga menyinarkan cahaya warna bendera Palestin sebagai tanda tidak perlu takut kepada segala gertakan Israel terhadap Palestin.
Di Putrajaya, blok perkataan Putrajaya di Dataran Putrajaya turut diterangi cahaya warna bendera Palestin memberi isyarat Kerajaan Malaysia tidak akan berputus asa untuk memberikan kedamaian kepada Palestin.
Mungkin juga kita akan menyaksikan lebih banyak struktur ikonik di Malaysia diterangi dengan warna bendera Palestin untuk bersolidariti dengan rakyat negara itu.-SM