Ekonomi

Malaysia rakan dagang ASEAN terbesar Jerman

BERLIN 28 Sept. – Malaysia merupakan rakan perdagangan terbesar Jerman di rantau ASEAN. Jerman juga telah menjadi rakan dagangan terbesar Malaysia di antaranegara-negara dalam Kesatuan Eropah (E.U.).

Pada 2023, Jerman merupakan rakan dagangan global ke-13, destinasi eksport ke-14 dan sumber import ke-11 terbesar Malaysia. Jumlah nilai perdagangan antara dua negara ini berjumlah USD13.90 bilion (RM 63.45 billion).

Lebih 700 buah syarikat Jerman kini beroperasi di Malaysia, kebanyakannya yang menjalankan operasi kilang pengeluaran dan mengeksport barangan ke seluruh dunia, yang menyumbang kepada ekonomi Malaysia.

Demikian nenurut kenyataan media Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) diimaklumkan oleh Duta Besar Malaysia ke Jerman, TYT Datin Paduka Dr. Adina Kamarudin.

Dr Adina mempersembahkan maklumat tersebut kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika Baginda berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Berlin Brandenburg baru-baru ini.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Raja Muda merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan menyerahkan sumbangan ‘Bantuan Ibnu Sabil’ berjumlah RM5,000 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Kedutaan berkenaan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berangkat ke Berlin bagi menghadiri ‘InnoTrans 2024’ di Messe Berlin sempena pemeteraian perjanjian persefahaman antara Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn. Bhd. dengan Siemens Mobility Sdn. Bhd..

Untuk rekod, Tabung Ibnu Sabil daripada MAIPs disalurkan melalui beberapa buah pejabat Perwakilan Malaysia terpilih di luar negara bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang berhadapan dengan situasi kecemasan, terputus bekalan sara diri atau terkandas untuk kembali ke tempat asal atau meneruskan perjalanan.

Ia adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab MAIPs dalam agihan Ibnu Sabil dan inisiatif pengantarabangsaannya.

(Foto : MAIPs).

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button