Nasional

Malaysia Madani sokong hak kebebasan bersuara media

KERAJAAN Perpaduan sentiasa menyokong hak kebebasan bersuara dalam pelaporan berita selaras dengan gagasan Malaysia MADANI.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata di catatan facebooknya, pencapaian yang lebih baik di bawah pentadbiran kerajaan hari ini dapat dilihat menerusi Indeks Kebebasan Media Dunia 2022 yang dikeluarkan Reporters Without Borders (RFS).

“Dapat dilihat pencapaian yang lebih baik di bawah pentadbiran kerajaan hari ini, iaitu (Indeks Kebebasan Media) meningkat kepada 113 (51.55 mata) berbanding tahun sebelum pada kedudukan 119 (60.53 mata).

“Tambahan pula, saya sendiri mengikuti rapat cadangan penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM) yang kita berusaha realisasikan sejak 2018 lagi dan kini dalam proses penelitian Rang Undang-Undang sebelum dibawa ke Jemaah Menteri,” katanya. -SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button