Nasional

Malaysia harus konsisten suarakan pandangan tentang nasib rakyat Palestin – PM

Malaysia harus konsisten menyuarakan pandangan tentang nasib rakyat Palestin, memandangkan dunia seolah-olah hanya mengambil berat tentang konflik peperangan di antara Ukraine dan Rusia.

Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 di Jakarta kerana sehingga kini, wujud kesenjangan mahupun berat sebelah dalam isu tersebut.

“Kebhinekaan topik, isu semasa, masalah dilontarkan ke meja rundingan termasuk dari saya sendiri yang mewakili kerajaan Malaysia demi kemajuan dan kemakmuran sejagat.

“Antaranya pastilah ketegasan Malaysia yakni satu-satunya negara yang menyuarakan pandangan susulan penindasan berterusan Israel ke atas Palestin, yang sudah berlarutan sejak 75 tahun lepas,” kongsi Anwar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta, Indonesia, 7 September, 2023.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta, Indonesia, 7 September, 2023.

SERTAI SEKARANG >> CHANNEL WHATSAPP SUARA MERDEKA

Anwar berkata demikian selepas Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 melabuhkan tirainya sejak pentas dibuka kepada pemimpin benua ini dan rakan dialog pada Selasa.

Related Articles

Kata Anwar, kendatipun ada masanya terdapat perbezaan pendapat di kalangan negara-negara ASEAN, namun konsensus yang dipersetujui bersama ialah rantau ini perlu dikekalkan kesatuan, keamanan dan kekal neutral.

“Berakhirnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta hari ini bukan penanda penamat kepada usaha memajukan benua ini sebaliknya menuntut rakan-rakan pemimpin untuk terus bekerja keras mencari solusi kepada isu dibangkitkan selain kebersamaan berkaitan peluang-peluang kerjasama yang dapat diterokai kelak.

“Jumpa lagi pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 di Laos tahun hadapan!” tulis Anwar menerusi laman Facebook rasmi miliknya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button