AgamaNasional

MAIWP salur RM623.66 juta zakat dari Januari hingga November tahun ini – Dr. Zulkifli

MAJLIS Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan zakat berjumlah RM623.66 juta kepada golongan memerlukan sejak Januari hingga November tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata, zakat berkenaan diagihkan menerusi pelbagai medium seperti 30 skim bantuan, institusi pendidikan serta perlindungan dan prasarana umat Islam di Wilayah Persekutuan.

“MAIWP juga membantu asnaf dan golongan terjejas menerusi agihan beras dan makanan. Seramai 3,500 penerima bantuan tersebut setiap bulan menggunakan peruntukan hasil sumber am melibatkan jumlah sebanyak RM4.51 juta,” katanya hari ini.

Zulkifli berkata, mulai tahun depan, penerima bantuan kewangan akan menerima barangan keperluan asasi melalui kedai atau pasar raya terpilih sebagai panel pembekal di setiap parlimen secara tanpa tunai iaitu dibekalkan kad untuk melakukan pembayaran.

Beliau berkata, sebanyak 26,000 asnaf menerima manfaat daripada pelaksanaan kaedah tersebut membabitkan peruntukan RM93.6 juta bagi tempoh dua tahun. – BERNAMA – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button