Agama

MAIPs tingkat kerjasama dengan MAI 6 Wilayah Andaman

RANONG (Thailand) – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), berkenan menerima menghadap Yang Dipertua Majlis Agama Islam (MAI) 6 Wilayah Andaman, Thailand dalam satu majlis khas yang berlangsung di Farm House Hotel, Ranong, Thailand.

Menurut kenyataan MAIPs majlis ini bertujuan membincangkan pelbagai agenda strategik bagi memperkukuhkan lagi kerjasama antara pihak MAIPs dan Majlis Agama Islam 6 Wilayah Andaman yang sedia terjalin sejak 10 tahun yang lalu melibatkan bidang pengurusan agama, dakwah, dan pendidikan serantau.

Antara isu yang dibincangkan pada edisi kali ini ialah hubungan trilateral melalui program Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) turut menjadi fokus. Program ini dijangka memperkukuhkan hubungan antara Perlis, wilayah Andaman, dan Muhammadiyah Indonesia, terutamanya dalam aspek pembangunan sosioekonomi dan dakwah.

Perbincangan turut menumpukan kepada persiapan Perlis International Sunnah Convention (PISCON), yang akan berlangsung dari 24 hingga 26 Januari 2025. Program ini bakal menjadi platform antarabangsa untuk memperkasa pemahaman Sunnah dan menggalakkan penghayatan Islam yang inklusif.

Perbincangan turut menumpukan kepada persiapan Perlis International Sunnah Convention (PISCON), yang akan berlangsung dari 24 hingga 26 Januari 2025. Program ini bakal menjadi platform antarabangsa untuk memperkasa pemahaman Sunnah dan menggalakkan penghayatan Islam yang inklusif.

 

Satu cadangan penting yang diketengahkan ialah pewujudan Pusat Aktiviti bagi Majlis Agama Islam 6 Wilayah Andaman di Pusat Dakwah MAIPs Perlis Centre of Wisdom, Wisma MAIPs, Kangar. Pusat ini dicadangkan menjadi hab bagi pelaksanaan program dakwah dan latihan kepimpinan bagi kedua-dua belah pihak iaitu Perlis dan 6 Wilayah Andaman.

Dalam bidang pendidikan, Tuanku Raja Muda menekankan kepentingan promosi peluang pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (UniSIRAJ) yang sebelum ini dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) bagi pelajar dari wilayah Andaman. Baginda menegaskan bahawa pendidikan berkualiti adalah asas untuk melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak.

Majlis ini mencerminkan komitmen MAIPs untuk terus memperkukuhkan hubungan serantau demi pembangunan masyarakat Islam secara holistik dan berkesan.

Turut hadir ialah Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi, Pengerusi Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE) MAIPs Prof Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin, dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Foto : MAIPs

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button