HiburanMahkamah

Mahkamah Sesyen arah Yasin bela diri

Mahkamah bersambung petang ini dengar keterangan bela diri

PENYANYI dan komposer, Yasin Sulaiman diarah bela diri oleh Mahkamah Sesyen Petalin Jaya hari ini atas tiga pertuduhan berkaitan dengan dadah.

Hakim Faiz Dziyauddin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas semua pertuduhan.

“Selepas meneliti keterangan secara penilaian maksimum, pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie. Oleh itu tertuduh dipanggil membela diri bagi ketiga-tiga pertuduhan,” katanya.

Mengikut kertas pertuduhan, Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 48, didakwa memberikan dirinya dadah di pejabat narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada jam 11.05 malam, 24 Mac, tahun lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Yasin yang memulakan langkah dalam industri hiburan tanah air bersama kumpulan nasyid kontemporari, Brothers, juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram.

Dia juga berhadapan dengan pertuduhan menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah di kediamannya di Persiaran Surian, Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara, jam 5.30 petang, pada tarikh sama.

Pertuduhan memiliki dadah mengikut Seksyen 6 ADB 1952 dan boleh dipenjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan boleh disebat tidak kurang 10 kali sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan menanam pokok kanabis, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 6B (1) (a) ADB 1952 dan boleh dipenjara seumur hidup serta tidak kurang enam sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Yasin ketika ditemui di mahkamah sebelum prosiding bermula berkata, dia mengharapkan doa daripada orang ramai atas keputusan hari ini.

“Doakan saya, terima kasih kerana datang,” katanya.

Yasin yang memakai baju kemeja berwarna hitam kelihatan ceria dibawa oleh pihak polis ke mahkamah, sempat menyapa pengamal media yang berada di luar mahkamah sejak jam 1 tengah hari.

Mahkamah bersambung dengan mendengar keterangan bela diri Yasin petang ini. – SUMBER MY METRO-SM

BACA Yasin Brothers yang ku kenali

BACA Jika Yasin Sulaiman Kaya & Anak VIP Pasti Takkan Dikenakan Hukum Gantung!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button