Hiburan

Macklemore bakal meriahkan konsert After Race Fest pada 3 November ini

PENYANYI rap dari luar negara, Macklemore bakal meriahkan konsert After Race Fest pada 3 November ini yang berlangsung di Helipad Litar Antarabangsa Petronas Sepang (SIC) pada 3 November ini bermula 4 prtang sehingga malam.

Dinamakan AFTER RACE FEST, pesta ini signifikan dengan penganjuran MotoGP™️ yang bersifat energatik semperna ulang tahun ke 25 PETRONAS Sepang International Circuit (SIC).

Maka tidak hairan apabila penganjur iaitu HIFIVE Entertainment dan rakan strategik PETRONAS Sepang International Circuit teleh memilih barisan penghibur antarabangsa dan tempatan yang mempunyai piawaian seiring dengan klimaks menutup MotoGP™️.

 

Akan menampilkan kurang daripada 10 penghibur mengikut genre termasuk rap, rock, pop dan disko, penganjur yakin artis pilihan mereka untuk AFTER RACE FEST memenuhi cita rasa penggemar muzik dunia dan tempatan.

 

Sedar pengunjung MotoGP™️ terdiri daripada pelbagai golongan dan usia yang hadir dari seluruh pelusuk dunia, HIFIVE Entertainment dengan bangga membawa band yang cukup terkenal pada lewat tahun 90-an iaitu Smash Mouth.

 

Mempunyai banyak hit yang cukup digemari, band dengan enam anggota kumpulan ini dijangka menyampaikan lagu popular mereka termasuk All Star dan Walkin’ On The Sun serta So Insane.

 

Jika Smash Mouth belum cukup membuat penonton teruja, nantikan persembahan rapper Macklemore yang dengan berani menghasilkan single Hinds Hall sebagai tanda sokongan kepada Palestine.

 

Smash Mouth dan Macklemore juga akan ditemani rakan penghibur yang tidak kurang hebatnya termasuk Nidji dan Feel Koplo (Indonesia), 6ixth Sense dan DE FAM.

Pengarah Urisan HIFIVE Entertaiment selaku penganjur Sean Pereira berkata konsert ini merupkan hiburan istimewa khas buat pegujung yang hadir menonton perlumbaan MotoGPTM.

 

“Seperti tidak lengkap jika perlumbaan MotoGP™️ diakhiri tanpa keraian dalam kalanganpengunjung.

“Maka kami di HIFIVE Entertainment dengan bangga menganjurkan AFTER RACE FESTbukan semata-mata bersifat hiburan sebaliknya meraikan pengunjung dari seluruh dunia ke MotoGP™️  dengan pelbagai aktiviti lain termasuk pertunjukan drone dan persembahan bunga api sebagai signifikan penganjuran acara yang sukses,” ujarnya

 

Antara barisan artis tempatan terlibat Feel Koplo & DE FAM dengan Segment Get Started, Segment Healing pula akan dikuasai oleh Nidji dan 6itxh Sense, Segment Tribute bersama Macklemore sebelum Smash Mouth akan menggegarkan Segment Let’s Rock. Segment Grooving & Party akan diumumkan pada bulan September.

 

INFO TIKET AFTER RACE FEST  dan MotoGP™️ Malaysia 2024 

  • ⁠ ⁠Early Bird (DURASI 20 – 31 OGOS) – Beli mana-mana tiket MotoGP™️ dengan tambahan

(add on) harga konsert RM500 (eksklusif 8% cukai ent)

(Buy any MotoGP™️ tickets add on concert price RM500 (exclusive 8% ent tax)

  • ⁠ ⁠Harga Normal add on (MULAI 1 September) – – Beli mana-mana tiket MotoGP™️

dengan tambahan (add on) harga konsert RM600 (eksklusif 8% cukai ent)

(Buy any MotoGP™️ tickets add on concert price RM600 (exclusive 8% ent tax)

Artikle Berkaitan :>

Gabungan konsert Afgan dan Lyodra pertama kali di Kuala Lumpur

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button