LSBF College Malaysia memperkenalkan kampus terbaru dan 100 biasiswa Penuh
LSBF College Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelancaran rasmi kampus terbarunya yang berlangsung dari di Kolej LSBF, Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur.
Acara ini turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YBHG. Datuk TS. Mustapha Sakmud, serta wakil diplomat dari beberapa kedutaan, termasuk United Kingdom, Rusia, Singapura, dan India. Selain itu, pelbagai pegawai kanan dari agensi kerajaan, termasuk Kementerian Pendidikan Tinggi (MOHE) dan PTPTN, turut memeriahkan majlis tersebut.
Pelancaran kampus baru ini menandakan langkah strategik LSBF dalam mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin pendidikan bertaraf antarabangsa. Dalam acara ini, LSBF juga mengumumkan anugerah 100 biasiswa penuh bernilai RM5 juta untuk pelajar daripada golongan B40, sebagai tanda komitmen untuk menyediakan pendidikan berkualiti kepada mereka yang memerlukan.
LSBF juga mempunyai Visi yang berhasrat untuk menjadi destinasi pilihan pelajar dari seluruh dunia. Dengan lebih daripada 38,000 pelajar yang telah dilatih di seluruh dunia, institusi ini menawarkan program-program profesional dan kewangan yang dirancang untuk mempersiapkan pelajar menghadapi cabaran industri. Di Singapura, lebih daripada 10,000 pelajar dari lebih 30 negara telah menerima pendidikan yang inovatif dan relevan dengan perkembangan semasa.
- Chagee mohon maaf staf sorok hadiah Tear & Win19 November 2024
- Syarikat asia dijangka gagal penuhi komitmen bebas sangkar 202519 November 2024
Malaysia dipilih sebagai hab strategik dalam pelan pengembangan global LSBF, di mana institusi ini berkomitmen untuk menyumbang kepada sistem pendidikan dengan program-program yang seiring dengan permintaan ekonomi global.
LSBF College Malaysia menawarkan kemudahan canggih yang fokus kepada teknologi terkini seperti realiti lanjutan (XR), kecerdasan buatan (AI), dan hologram. Makmal XR dan ruang khusus untuk AI membolehkan pelajar meneroka konsep-konsep kompleks dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan dan perniagaan. Pendekatan ini memberikan pelajar pengalaman pembelajaran yang interaktif dan relevan dengan keperluan industri masa kini.
Dalam tempoh lima tahun akan datang, LSBF College Malaysia merancang untuk memperkukuhkan kedudukannya sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di Asia. Dengan pengenalan program-program baru yang memenuhi keperluan industri, LSBF berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan syarikat terkemuka untuk memberikan pelajar pengalaman praktikal yang bernilai.