Nasional
Lim Kit Siang masuk hospital
AHLI Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang dimasukkan ke dalam hospital hari ini untuk mendapatkan rawatan.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh anaknya Lim Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan melalui Twitter sebentar tadi.
Guan Eng memberitahu Penasihat DAP itu mendapat demam selsema dan telah disahkan bukan jangkitan Covid-19.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berterima kasih atas ucapan cepat sembuh yang diterima bapanya dan memohon agar berdoa semoga Kit Saing kembali pulih.
“Lim Kit Siang dimasukkan ke dalam hospital kerana demam selsema. Syukurlah ia bukan Covid-19. Kami berterima kasih atas segala ucapan selamat yang diberikan. Doakan beliau segera sembuh,” ciap bekas menteri kewangan itu di Twitternya. – SM
[contact-form][contact-field label=”Name” type=”name” required=”true” /][contact-field label=”Email” type=”email” required=”true” /][contact-field label=”Website” type=”url” /][contact-field label=”Message” type=”textarea” /][/contact-form]