
LG, Lee Zii Jia teruskan kolobarasi
Pengeluar alatan rumah terkemuka LG Electronics Malaysia (LG) baru-baru ini mengumumkan pembaharuan kerjasama dengan duta jenama, Lee Zii Jia, ikon badminton Malaysia, sekali gus mengukuhkan komitmen syarikat terhadap kecemerlangan dan inovasi di rantau ini.
Lanjutan kerjasama ini menandakan pencapaian penting dalam kolaborasi yang bermula pada 2022, yang bertujuan untuk memajukan visi LG untuk membawa intipati Life’s Good kepada pengguna melalui teknologi termaju dan penyelesaian inovatif jenama.
Pembaharuan kerjasama ini menyusuli kejayaan Lee dalam meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris, yang
melengkapkan lagi deretan pencapaiannya yang mengagumkan.
“Lee Zii Jia menunjukkan nilai kecemerlangan, ketepatan dan peningkatan berterusan – prinsip yang sama dengan komitmen LG terhadap inovasi,” kata Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, Jusin Choi.
“Dedikasinya dalam menyempurnakan kemahirannya mencerminkan komitmen kami untuk membangunkan Penyelesaian Kehidupan Pintar yang mengintegrasikan teknologi dengan kehidupan seharian.
“Kami sangat teruja untuk meneruskan kerjasama ini sambil kami berpadu tenaga untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk merangkul gaya hidup yang lebih
pintar dan terhubung.”
Terkenal dengan gaya permainan meledak dan ketepatan teknikalnya, Lee Zii Jia telah membina rekod prestasi yang mengagumkan dengan meraih pingat emas dalam kategori Perseorangan Lelaki di Sukan SEA 2019 dan kejuaraan BWF Super 1000 pertamanya di 2021 All England Open.
Beliau juga merupakan juara Perseorangan Lelaki Asia, setelah memenangi kejuaraan Kejohanan Badminton Asia pada 2022. Pingat gangsa Olimpik beliau baru-baru ini mengukuhkan lagi statusnya sebagai salah seorang pemain elit dalam sukan badminton.
Zii Jia dengan sepenuh hati bersetuju untuk melanjutkan kerjasamanya dengan LG Malaysia sambil menyatakan keserasian antara prinsip sukan beliau dan nilai jenama LG.
“Visi LG untuk meningkatkan gaya hidup melalui teknologi sejajar dengan perjalanan peribadi saya dalam badminton.
“Sama seperti usaha saya untuk meningkatkan permainan saya melalui inovasi berterusan dalam teknik dan strategi, LG kekal konsisten dalam usaha mereka untuk menjadikan gaya hidup lebih baik untuk semua orang.
“Saya berbesar hati untuk terus mewakili jenama yang mempelopori teknologi termaju untuk kesejahteraan orang ramai,” kata Lee Zii Jia.
Pembaharuan kerjasama itu dilaksanakan seiring dengan usaha semasa LG dalam menerajui pembangunan Penyelesaian Kehidupan Pintar yang menggabungkan Kepintaran Affectionate Intelligence (AI) untuk mencipta kediaman yang lebih intuitif dan cekap.
Kehadiran dinamik Lee Zii Jia dan komitmen beliau terhadap kecemerlangan akan terus melengkapkan mesej LG untuk menggabungkan teknologi inovatif dengan kehidupan seharian untuk mencipta pengalaman yang
bermakna untuk pengguna.
Sepanjang kerjasama ini, Lee Zii Jia akan terlibat dalam pelbagai inisiatif pemasaran dan aktiviti penglibatan pengguna untuk membantu mempamerkan bagaimana penyelesaian pintar LG dan inovasi jenama yang dikuasakan AI boleh mengubah detik-detik harian menjadi pengalaman yang luar biasa.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini tentang LG Malaysia dan kempen Life’s Good, sila layari laman web rasmi LG Malaysia, https://www.lg.com/my/ atau ikuti halaman Facebook rasmi LG Malaysia di https://www.facebook.com/LGMalaysia.