Hiburan

Lepas Ira muat naik gambar bersama kuda kini timbul dakwaan Syamsul failkan cerai

PENGARAH terkenal Syamsul Yusuf sekali lagi menjadi perbualan hangat, dikatakan sudah memfailkan cerai terhadap isterinya Ira Kazar hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Selangor hari ini.

Sumber Harian Metro berkata, tindakan itu dibuat selepas tidak ada lagi persefahaman antara mereka.

Sudah tidak ada persefahaman dalam perkahwinan mereka,” katanya.

Terdahulu, pada Oktober tahun lalu timbul khabar angin mengenai perceraian pasangan ini.

Bagaimanapun tidak ada sebarang kenyataan atau maklum balas daripada kedua pihak.

Syamsul dan Ira atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.

Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button