Mahkamah

Lelaki dipenjara 5 tahun curi RM600,000 dari bilik kebal bank

MAHKAMAH Majistret Kuala Lumpur memerintahkan seorang lelaki yang tular kerana berjaya mencuri RM600,000 dari sebuah bank dalam masa 20 minit tanpa menggunakan senjata pada tahun 2017, dipenjara lima tahun dan denda RM8,000.

Majistret Nurfarahain Roslan menjatuhkan hukuman itu terhadap R Kartik, 31, seorang pemandu lori selepas didapati bersalah memecah masuk bilik kebal dan mencuri RM600,000 milik Bank HSBC.

Majistret memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula semalam dan penjara 6 bulan jika gagal membayar denda.

Nurfarahain membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

“Selepas meneliti dan menilai keterangan yang dikemukakan pihak pembelaan, mahkamah juga melihat secara keseluruhan dan membaca hujahan pendakwaan serta pembelaan.

Related Articles

“Oleh itu, mahkamah mendapati R Kartik bersalah dan dihukum penjara 5 tahun dan denda RM8,000,” katanya.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Bank HSBC, Tingkat 1, Annexe Menara Milenium, Jalan Damanlela, Pusat Bandar Damansara Height antara 1 tengah hari hingga 2.05 petang 8 September 2017.

Terdahulu, Kartik yang diwakili peguam K Ponnusamy merayu kepada mahkamah agar mengenakan hukuman ringan atas alasan, ni kesalahan pertamanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Najihah Farhana Che Awang pula berkata, kes itu mengambil masa lama untuk diselesaikan.

“Akibat daripada perbuatan tertuduh, HSBC telah menanggung kerugian… Kes ini juga telah mendapat perhatian meluas pada 2017. Saya mohon hukuman maksimum sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam,” kata Najihah Farhana.

Perbicaraan kes itu bermula September 2018 dengan 13 saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan.

Mengikut keterangan saksi utama pendakwaan, tertuduh menyamar sebagai juruteknik pemadam api berbekalkan beberapa dokumen sebelum keluar dengan wang tunai RM600,000.

Saksi itu memberitahu mahkamah, tertuduh ditunjukkan lokasi pemadam api sebelum kejadian kecurian wang berlaku. – SUMBER PORTAL FREE MALAYSIA TODAY

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button