Nasional

Langkawi jadi projek perintis destinasi gelembung pelancongan

Kerajaan sedang meneliti pandangan serta maklum balas dari stakeholders berhubung perancangan untuk menjadikan Pulau Langkawi sebagai projek perintis destinasi gelembung pelancongan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, perancangan ini penting untuk Kerajaan merancakkan semula industri pelancongan selepas lebih setahun terkesan akibat pandemik Covid-19.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia serta pakar-pakar kesihatan telah menyarankan Kerajaan agar melaksanakan perancangan tersebut hanya apabila kadar vaksinasi lengkap penduduk Pulau Langkawi
mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi.

“Manakala, kumpulan yang dibenarkan melancong ke Pulau Langkawi kelak adalah terhad kepada individu-individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.

“Cadangan ini sedang diteliti Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Hajah Nancy Shukri dan
akan dimuktamadkan melalui beberapa lagi siri perbincangan selepas ini,” katanya.

Selain Pulau Langkawi, Kerajaan juga mempunyai perancangan untuk melaksanakan pendekatan gelembung pelancongan di lebih banyak destinasi terutamanya yang mempunyai kaedah kawalan pergerakan keluar masuk pelancong yang baik seperti di pulau-pulau peranginan lain yang terdapat di seluruh negara.

Walaubagaimanapun, perkara ini masih di peringkat perancangan dan Kerajaan akan melihat hasil projek perintis (Pulau Langkawi) terlebih dahulu. Jika semua berjalan lancar.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button