Nasionalpilihan

KUSKOP komited jayakan kerangka Ekonomi MADANI

KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) komited menjayakan kerangka Ekonomi MADANI dan akan mengadakan dua sesi dialog mengenai Belanjawan 2024 dengan semua pemain industri dalam masa terdekat.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata ini merupakan sebahagian daripada tindak balas kementerian terhadap kerangka Ekonomi MADANI yamg diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

“Kami akan mengadakan pertemuan dengan pemain industri di Semenanjung Malaysia pada Isnin depan.  Selanjutnya, kami juga akan mengadkan dialog mengenai bajer 2024 bagi kementerian dengan pemain-pemain industri di bawah portfolio kami di Malaysia Timur.”

“Sesi ini akan diadakan pada 7 Setember di Kota Kinabalu. Kami akan menggabungkan input dari dialog mengenai bajet ini,” katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Program RAKYATpreneur dan UNIpreneur 2023 di Menara Kembar Bank Rakyat baru-baru ini.

Katanya lagi, hasil perbincangan tersebut akan dibawa kepada Kementerian Kewangan dan Perdana Menteri untuk dimasukkan dalam program Belanjawan 2024. – SM 

Artikel berkaitan > Bank Rakyat komited perkasa usahawan asnaf menerusi Program RAKYATpreneur dan UNIpreneur 2023

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button