Nasional

Kumpulan Syarikat LTAT bersatu salur bantuan banjir

Kumpulan Syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melaksanakan inisiatif bantuan banjir secara menyeluruh bernilai RM782,800.00 bagi menyokong komuniti yang terjejas di seluruh Malaysia.

Dengan kerjasama GLIC/GLC Demi Rakyat & Negara (“GDRN”) yang diterajui Kerajaan, Kumpulan Syarikat LTAT – termasuk Pharmaniaga Berhad, Boustead Holdings Berhad (“BHB”), Boustead Plantations (“BPlant”), Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd. (BHPetrol), Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (“BHIC”), Boustead Properties Berhad (BProp), dan Affin Group Berhad (“AFFIN”) – telah menyediakan bantuan segera keperluan asas kepada mangsa yang terjejas melalui sinergi bersama Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia (“ATM”), Jabatan Kebajikan Masyarakat (“JKM”), serta pelbagai organisasi bukan kerajaan (”NGO”).
Antara inisiatif bantuan banjir bersasar di pelbagai negeri adalah:
• Pharmaniaga mengedarkan lebih daripada 24,000 pek ubat-ubatan penting, termasuk vitamin dan suplemen, bagi menyokong usaha bantuan pemulihan di Terengganu dan Kelantan.
• Boustead Plantations menyumbang sebanyak RM50,000.00 kepada NGO yang membantu komuniti terjejas banjir di kawasan Kelantan, Kedah, Terengganu, dan Pahang.
• Boustead Holdings Berhad, bersama Boustead Properties dan BHIC, menyokong NGO di Kelantan dengan sumbangan sebanyak RM27,500.00.
• BHPetrol membekalkan 400 pek barangan keperluan asas ke pusat pemindahan melalui Kementerian Pertahanan dan ATM di Kelantan.
• AFFIN menawarkan Natural Disaster Relief Programme (“NDRP”) untuk membantu pelanggan yang terjejas dengan banjir melalui bantuan kewangan untuk pelbagai pinjaman dan produk kewangan, termasuk permohonan moratorium sehingga enam bulan, tertakluk kepada terma dan syarat.

Inisiatif ini juga mengetengahkan komitmen LTAT dan Yayasan LTAT terhadap usaha pemulihan pasca-banjir, termasuk menyediakan sokongan sukarelawan kepada veteran di kawasan terjejas.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button