Pembaca

Kubur orang kaya zaman purba

INILah kubur orang kaya terpurba di dunia, punyalah kaya kita boleh nampak barang kemas yang dia pakai pada lengan, baju dan uhh…zakar dia pun ada pakai sarung emas.


Inilah Kubur Varna yang dijumpai di Bulgaria. Kubur ini dijangka wujud sekitar 4600 – 4200 Sebelum Masihi. Sebagai perbandingan, Firaun pertama Mesir Purba wujud pada sekitar 3150 Sebelum Masihi. Jadi, Kubur Varna ni sangatlah purba kalau diikut usia.

Mengikut ahli arkeologi, pada asalnya mereka ingat ni kubur putera raja, tapi sekarang mereka simpulkan ini kubur penempa logam. Walaupun penempa logam, kubur ini mungkin milik penempa logam yang kaya sebab terlalu banyak harta emas dan kayu cokmar. Kubur orang kaya di tapak arkeologi ni pun ada pakai sarung emas pada zakar mereka. Mereka simpulkan penempatan purba Varna ni berdagang garam bukit dan logam ke tamadun lain, dan zaman dulu memang garam dan logam ni komoditi mahal.

Mereka juga dapati penempatan ni ada sistem hierarki, budaya dan kepercayaan agama yang kompleks. Jadi, depa ni takde la primitif mana. Dah berfungsi sebagai masyarakat bertamadun. Lagi lagi bila kita tengok ukiran dan bentuk tempa logam logam emas dalam kubur ni.

Cuma tu la, saya masih dok terfikir kenapa zakar tu perlu bersarung emas. Siapa yang nak tengok? Jommm

Kreadit Facebook:  Ammar

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button