Acara

Kuala Lumpur jadi pusat kepimpinan belia global 2025

UNTUK membuka laluan kepada belia agar lebih terlibat dalam arena antarabangsa, International Global Network (IGN) dengan bangganya mengumumkan dua acara utama yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 2025:

  • Asia Youth International Model United Nations (AYIMUN) 16th: 17–20 Januari 2025
  • Asia World Model United Nations (AWMUN) X: 14–17 Februari 2025

Acara-acara ini memberi peluang kepada belia dari pelbagai negara untuk berkolaborasi, berbincang, dan membangunkan kemahiran diplomasi dalam suasana yang membina dan berdaya saing di peringkat global.

Kedua-dua acara ini dijangka akan menarik kira-kira 1,500 hingga 2,000 pelajar dari lebih 60 negara. Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi kerana kerjasama erat dengan institusi pendidikan, kerajaan, dan juga kedudukannya sebagai pusat pertukaran budaya, menjadikannya tempat yang ideal untuk memupuk hubungan antara belia dari pelbagai latar belakang.

Objektif peranan belia adalah ”Membina Kemahiran Kepimpinan dan Diplomasi Global”, Dengan tema “Menghadapi Dilema Politik Global: Peranan Belia untuk Mengukuhkan Multilateralisme,” AYIMUN 16th dimana akan memberi fokus bagaimana belia dapat memainkan peranan penting dalam mengatasi cabaran global melalui diplomasi dan kerjasama antarabangsa.

Secara tidak langung bertujuan mengasah kemahiran kepimpinan, perundingan, dan penyelesaian masalah di kalangan belia, serta mempersiapkan mereka untuk menghadapi dilema politik dan ekonomi dunia yang semakin kompleks.

Selain itu meningkatkan kemahiran komunikasi, dan memupuk pemahaman yang lebih baik tentang cabaran global, dari segi diplomatik, ekonomi, dan sosial. Peserta dapat belajar bagaimana untuk bekerjasama melangkaui sempadan negara dan budaya, serta memperkukuh semangat kepimpinan yang inklusif dan berwawasan.

Jadual acara 2025 IGN merangkumi beberapa persidangan besar di bandar utama Asia, dengan lebih daripada 5,000 pelajar dijangka akan menyertai acara ini dari lebih 100 negara. Acara-acara ini termasuk:

  • AYIMUN 17th di Bangkok (30 Mei – 2 Jun 2025)
  • AWMUN XI di Seoul (25–29 Julai 2025)
  • AYIMUN 18th di Kuala Lumpur (29 Ogos – 1 Sept 2025)
  • AWMUN XII di Bali (10–13 Oktober 2025)
  • AYIMUN 19th di Bangkok (21–24 Nov 2025)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button