Uncategorized

KPM lulus lima tuntutan tambahan yang dikemuka Sabah

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut meluluskan lima tuntutan tambahan yang dikemukakan oleh Kerajaan Sabah sebagaimana yang telah diluluskan kepada Kerajaan Sarawak.

Ia melibatkan perancangan projek, perkongsian maklumat mengenai perpindahan pegawai kanan jabatan pendidikan negeri (JPN) ke ibu pejabat KPM dan perkongsian data pendidikan.

KPM dalam kenyataan memberitahu, selain itu, Kerajaan Sabah juga telah mengemukakan satu tuntutan baharu
berkaitan fleksibiliti dan autonomi dalam penggunaan peruntukan bencana berdasarkan keperluan sebenar atau kesegeraan.

“KPM bersetuju dengan tuntutan ini dan akan menambah baik prosedur pengendalian standard (SOP) sedia ada
untuk perolehan kecemasan bagi menentukan peruntukan serta kaedah perolehan. Ini dapat membantu penyelesaian segera ketika bencana dan mengatasi isu-isu berbangkit,” kata kenyataan itu.

Semua perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan (JTBPP) Negeri Sabah Bilangan 1 Tahun 2024 telah berlangsung pada Selasa, 12 November
2024.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Pendidikan, adhlina Sidek dan Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif di Putrajaya.

Antara keputusan penting lain yang telah dipersetujui menerusi perbincangan dalam Mesyuarat JTBPP Negeri Sabah adalah berkaitan pengambilan guru baharu yang dipecahkan mengikut tiga wilayah iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Selain itu, mesyuarat juga bersetuju memasukkan citra Sabah dalam kurikulum dan dasar pendidikan negara. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button