Kos haji bertambah disebabkan kos sara hidup di Arab Saudi meningkat
KOS mengerjakan haji meningkat secara keseluruhannya disebabkan peningkat kos sara hidup di Arab Saudi.
Bagaimanapun kerajaan masih berusaha meringankan beban jemaah haji terutama golongan B40 dengan memberikan subsidi kepada kos hari mereka.’
Katanya, kenaikan tersebut mengambil kira beberapa faktor, termasuk kos pengangkutan dan keadaan ekonomi yang semakin meningkat di negara tersebut.
Dr Mujahid merupakan mantan Menteri Agama pada era Kerajaan Pakatan Harapan 1.0 berkata bahawa pada tahun 2009 kos haji adalah sekitar RM12,000. Namun pada tahun 2018 dan 2019, kos tersebut meningkat menjadi RM22,000.
Kemudian, pada tahun 2020, akibat pandemik Covid-19 katanya, kos melonjak kepada RM33,000.
“Arab Saudi mengenakan yuran yang tinggi, dan saya tidak faham mengapa ada yang berfikiran sempit dengan menunding jari kepada PH tanpa melihat keseluruhan situasi.
Kos mengerjakan haji menjadi perbahasan kebelakangan ini apabila beberapa pemimpin pembangkang mendakwa kegagalan TH mengawal kenaikan pada 2019 menyebabkan kos melambung pada hari ini, dan kerajaan tidak lagi mampu memberikan banyak subsidi kepada bakal haji B40 bagi mengekalkan caj minimum sebanyak RM12,000. – SM