Pembaca

Konsep kubur baru di dunia, jenazah bakal berubah jadi pokok

JIKA biasanya orang sudah meninggal dunia dimasukkan ke liang lahad ataupun dibakar bagi agama bukan islam, kini lain pula, inovatis yang diperkenalkan oleh syarikat dari Itali, Capsula Mundi konsep kubur dengan cara organic pertama di dunia.

Mayat yang sudah meninggal dunia akan dimasukkan ke dalam kapsul dan akan dikuburkan di dalam tanah bersama anak pokok.

Penemuan terbaru ini diramal akan lebih efektif dan memiliki manfaat dari pengebumian dengan menggunakan batu nisan.

Bahkan keluarga juga boleh memilih pohon apa yang mahu ditanam bersama, mayat di dalam kapsul itu akan berada di posisi meringkuk.

Kemudian kapsul yang sudah ditanam dan diberi biji benih itu akan membusuk secara semula jadi secara tidak langsung pokok yang sudah tanam itu akan dapat nutrisi.

Menurut syarikat itu, bila konsep ini diterapkan maka batu nisan akan digantikan menjadi hutan serta memberi manfaat kepada kehidupan makhluk di persekitaran.

Istimewanya kapsul ini disediakan dengan pelbagai ukuran sehingga boleh untuk kuburkan mayat ataupun haiwan peliharaan yang sudah meninggal dunia.

Artikle Berkaitan :>

Apa itu Blue Lotus Flower?

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button