Hiburan

Kolaborasi epik Siti Nurhaliza dan Judika di The Journey of Sound

DUA bintang besar dari dunia hiburan Nusantara, Dato Sri Siti Nurhaliza dari Malaysia dan Judika dari Indonesia, bersedia untuk memikat peminat dengan kolaborasi istimewa mereka! Dengan pesona dan keunikan masing-masing, keduanya telah mencipta kebahagiaan selama lebih 20 tahun dalam industri muzik.

Penganjur, Universe Gateway, dengan bangga mempersembahkan konsert pertama mereka berjudul The Journey of Sound yang bakal berlangsung di Stadium Merdeka pada 14 Disember 2024. Konsert ini diharapkan menjadi penutup tahun yang megah dan simbolik bagi hubungan persahabatan antara dua negara melalui seni.

“Kami amat berbesar hati menganjurkan The Journey of Sound yang menampilkan dua ikon hebat Nusantara. Mungkin anda pernah melihat Siti dan Judika berduet sebelumnya, tetapi percayalah, konsert ini akan menyajikan pengalaman yang luar biasa,” kata Isa, Ketua Pegawai Kewangan Universe Gateway.

Nama The Journey of Sound bukan sekadar simbol, tetapi mencerminkan perjalanan karier penuh liku-liku kedua-dua seniman ini. Siti Nurhaliza, dengan 28 tahun pengalaman, telah mencipta pelbagai kejayaan yang mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Begitu juga dengan Judika, yang telah menjelajah dunia seni selama 20 tahun dan terus memikat hati peminat.

“Konsert ini akan dipenuhi dengan warna-warni perjalanan seni mereka, memaparkan muzik yang telah membawa Siti dan Judika ke puncak kejayaan,” tambah Isa.

Judika juga tidak sabar untuk berkolaborasi dengan Siti. “Tiada alasan untuk menolak peluang berkongsi pentas dengan Dato Sri Siti Nurhaliza. Anda akan menikmati pengalaman luar biasa di The Journey of Sound. Kami akan menyajikan konsep yang spektakuler,” ujarnya.

Bagi peminat setia, tiket untuk konsert ini sudah boleh didapati dengan harga bermula dari RM 199 hingga RM 1,299, termasuk kategori VIP. Penjualan tiket dibuka pada 12 Oktober 2024, dengan tawaran EARLY BIRD selama tiga minggu pertama.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman muzik yang tidak boleh dilupakan ini! Tiket boleh dibeli di TICKET2U.COM.MY.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button