KKM kena serang, tanda pagar #ApaMasalahSaudara pula trending
SEMUA bermula apabila Kementerian Kesihatan (KKM) membuat hantara tentang fakta bumi di twitter mereka.
Hantaran itu mendapat reaksi daripada seorang pengguna azliy yang mempersoalkan posting tersebut.
Azliy menulis: “Sembang bumi pulak admin ni. Pergi kira kes sane. Bumi biar org lain cite.”
Hantaran azliy ini dibalas oleh admin twitter KKM: “Apa masalah saudara.”
Posting itu telah mendapat reaksi daripada penggunakan twitter yang menghasilkan tanda pagar dan ia trending selain mengundang perlbagai komen.
Fa_fa@Fa1241190 berkata: “Masalahnya kami jururawat tak cukup staff untuk kerja sekarang Tolong sambung/serap lantikan kontrak la wehh…penatlaa nak hadap covid yang tak pandai turun…lepastu staff kontrak dah tamat…tinggal yang sedia ada nak tampung beban..orang atas mana peduli!”