Nasional

Kesihatan Yang di-Pertuan Agong bertambah baik

YANG di-Pertuan Agong, As Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dilapor akan kembali ke Istana Negara dalam masa terdekat.

Keadaan kesihatan baginda dilapor semakin baik apabila menjalani rawatan keracunan makanan dan intervensi serta susulannya di Institut Jantung Negara (IJN).

Baginda dilapor perlu menjalani rawatan tersebut kerana, sebelum ini bergiat aktif dalam sukan seperti polo berkuda, bola sepak, skuasy, hoki dan golf.

Oleh demikian, menerusi pemeriksaan melalui pengimejan MRI, beberapa kecederaan yang dialami As Sultan Abdullah ditunjukkan.

“Rawatan intervensi pada sendi-sendi lutut dan buku lali Al-Sultan Abdullah berlangsung dengan jayanya pada 24 September (Khamis).

Related Articles

“Seri Paduka Baginda kini berada dalam keadaan stabil serta tidak membimbangkan.

“Ekoran daripada rawatan intervensi ini, Seri Paduka Baginda telah dinasihatkan untuk menjalani rawatan susulan dengan pengawasan rapi pasukan Pakar Perubatan IJN.”

Demikian kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan Istana Negara yang dikeluarkan hari ini.

Terdahulu, As Sultan Abdullah dimasukkan ke Wad Diraja di IJN pada 21 September lalu selepas mengadu tidak selesa dengan kesihatannya.

Dalam kenyataan tersebut turut memaklumkan, As Sultan Abdullah menzahirkan penghargaan kepada rakyat yang mendoakan kesihatannya.

“Al-Sultan Abdullah amat tersentuh hati dengan keprihatinan rakyat terhadap keafiatan Seri Paduka Baginda.

“Baginda menzahirkan penghargaan serta terima kasih kepada seluruh rakyat yang telah mendoakan kesejahteraan Seri Paduka Baginda.

“Seri Paduka Baginda turut menasihati rakyat supaya menjaga kesihatan diri masingmasing dan sentiasa berwaspada,” katanya.

Dalam pada itu, As Sultan Abdullah juga dilapor menzahirkan kebimbangan kepada rakyat terhadap pandemik Koronavirus (Covid-19) yang semakin menular.

Justeru, baginda menasihatkan orang ramai supaya menjaga kesihatan, mengamalkan penjarakan sosial dan mematuhi perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan.

“Mematuhi ketetapan oleh Kerajaan dan tatacara kebiasaan baharu berikutan situasi semasa jangkitan virus Covid-19 di Malaysia yang kian meningkat.

“Al-Sultan Abdullah menzahirkan kebimbangan Seri Paduka Baginda atas jumlah kes positif Covid-19 yang naik secara mendadak ini.

“Sehingga 27 September 2020, terdapat 150 kes baharu yang telah dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,919 kes.

“Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan kegusaran Seri Paduka Baginda berikutan peningkatan kepada sebanyak 36 kes positif Covid-19 di Semenanjung Malaysia setelah kembali dari negeri Sabah, yang telah dikesan daripada 20 hingga 27 September, 2020.

“Kendati pun, seluruh rakyat turut diseru bersama-sama mendoakan semoga Al-Sultan Abdullah dikurniakan kesembuhan dengan segera dan kesihatan berpanjangan,” tambah kenyataan itu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button