Nasional

Kes Ahmad Zahid: Bukan kerana hubungan bapa mentua dan menantu…

DATUK Zul Hisham Zainal yang tampil sebagai saksi ke-23 perbicaraan kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberitahu  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Disember lalu, keperibadian mulia yang ada pada Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid yang berhadapan dengan 47 pertuduhan membabitkan dana Yayasan Akalbudi berjumlah jutaan ringgit, masih menunggu prosiding sambung bicara yang dijangka pada pertengahan bulan Julai nanti.

Sebagai saksi yang pernah tampil memberi kenyataan, Zul Hisham berkata, Ahmad Zahid telah mengeluarkan sekeping cek sekeping cek Affin Bank bertarikh 19 November 2015 berjumlah RM1.3 juta untuk diserahkan kepada Persatuan Bolasepak PDRM bagi membantu masalah kewangan yang dihadapi oleh persatuan tersebut.

Ahmad Zahid berasa simpati terhadap nasib para pemain bolasepak PDRM yang tidak dibayar gaji selama empat bulan.

Memikirkan untung nasib anak-anak dan isteri para pemain, Ahmad Zahid menghulurkan bantuan bagi menampung perbelanjaan persatuan yang dianggarkan antara RM500,000 sehingga RM600,000 sebulan, temasuk bayaran gaji 30 pemain termasuk tiga pemain import dan 15 dari pengurusan persatuan.

Zul Hisham mengakui meminta bantuan daripada Ahmad Zahid untuk membayar tunggakan gaji para pemain.
Ini kerana keadaan Persatuan Bolasepak PDRM, ujar Zul Hisham, pada waktu itu amat terdesak dan para pemain mengharapkan gaji yang dibayar oleh persatuan.

Ini kerana kesemua mereka (para pemain) tidak mempunyai sumber pendapatan yang lain dan hanya bergantung 100 peratus kepada gaji.

Memanglah secara perundangan, Ahmad Zahid tidak wajib membantu tetapi atas dasar simpati, beliau terpanggil untuk memberi bantuan.

Zul Hisham ketika memberi dan menjawab soalan dalam mahkamah mengakui, Ahmad Zahid banyak memberi bantuan kebajikan.

Bantuan-bantuan itu bukan sahaja kepada persatuan tetapi juga kepada masjid-masjid, sekolah tahfiz, anak-anak yatim, pelajar-pelajar cemerlang, rumah kebajikan, dewan orang ramai termasuklah bantuan yang dihulurkan secara peribadi.

Sejumlah RM1.3 juta wang tersebut adalah bayaran bantuan pendahuluan yang diberikan kepada Persatuan Bolasepak PDRM.

Yayasan Akalbudi bagaimanapun menerima semula bayaran RM1 juta daripada Majlis Sukan Negara (MSN) yang dimasukkan semula ke akaun Yayasan Akalbudi manakala baki RM300,000 adalah sumbangan kepada Persatuan Bolasepak PDRM.

Pada 19 November 2015, sekeping cek RM1.3 juta diserahkan kepada ASP Nizam yang kemudiannya menyerahkan cek tersebut kepada Penolong Bendahari Persatuan, Sarjan Khairul Azwan Ramli untuk dimasukkan ke dalam akaun persatuan yang ketika itu, hanya berbaki RM1,960.95.

Zul Hisham juga mengakui, persatuan dalam keadaan terdesak mendapat bantuan kewangan dan Ahmad Zahid merasa terpanggil untuk membantu masalah pembayaran gaji tertunggak pemain.

Zul Hisham yang pernah menjadi pengurus pasukan bolasepak PDRM pada tahun 2017 turut memberitahu mahkamah, Ahmad Zahid pernah berpesan kepadanya agar menjaga kebajikan para pemain.

Maka sebagai orang perantara atau pemudah cara selepas tidak menjadi pengurus pasukan bolasepak PDRM pada tahun 2018, Timbalan Setiausaha Persatuan Bolasepak PDRM, Mohd. Nizam Mohd. Noor yang juga merupakan seorang pegawai polis berpangkat ASP, memaklumkan kepada Zul Hisham tentang masalah kewangan persatuan dengan para pemain tidak mendapat bayaran gaji selama empat bulan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button