Hiburan

Kerana tiada keserasian Azri Iskandar dan Datuk Noora Kay tak jadi kawin

KERANA tiada keserasian Azri Iskandar dan Datuk Noora Kay tak jadi kawin, perkara itu diumumkan sendiri oleh Noora Kay memaklumkan hubungan mereka sudah berakhir hujung Mei lalu.

Menurut laporan Mstar, mereka mengambil keputusan untuk berpisah tidak serasi sebagai suami isteri apanila bernikah kelak.

Apa yang saya boleh cakap memang kami sudah putus sejak akhir Mei lalu.

“Saya percaya ajal, maut dan jodoh semuanya ketentuan Allah.

“Selepas berkawan dengannya, saya rasa tiada keserasian di antara kami,” katanya.

Bagaimanapun, mereka masih kekal mengekalkan hubungan baik sebagai seorang rakan dan pelakon itu juga menerima dengan hati terbuka.

‘’Abang Azri seorang yang sangat baik. Apabila saya memberitahu yang saya rasakan kami tidak serasi, dia boleh terima dengan terbuka.

“Walaupun sudah berpisah, kami masih mengekalkan hubungan baik. Buat apa nak bergaduh, kami bukan budak-budak muda lagi,” ujarnya.

Terdahulu, Azri Iskandar dan usahawan berkenaan dikatakan menjalinkan hubungan istimewa apabila keluar makan malam bersama anak-anak.

Turut kelihatan di dalam gambar adalah bekas isteri aktor terbabit iaitu Ellie Suriaty Omar yang turut sama menyertai mereka.

Ellie juga ada memberitahu bersedia untuk menguruskan majlis perkahwinan bekas suami serta usahawan berkenaan jika mereka benar akan mendirikan rumah tangga kerana memegang amanat yang telah diberikan oleh allahyarham nenek Azri.

Artikle Berkaitan :>

Ellie Suriaty Dan Azri Iskandar Bercerai, Anggap Tiada Lagi Keserasian

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button