Kerajaan mengiktiraf jasa dan sumbangan Daim kepada negara
Kerajaan mengiktiraf jasa dan sumbangan Tun Daim Zainuddin kepada negara terutama semasa menjadi Menteri Kewangan kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Terima perkhabaran pemergian Tun Daim Zainuddin setibanya di Lima, Peru. Salam takziah buat keluarga Allahyarham.
“Kerajaan mengiktiraf jasa dan sumbangan beliau kepada negara terutama semasa menjadi Menteri Kewangan. Al-Fatihah,” katanya dalam hantaran di X.
Anwar dan Daim sama-sama berkhidmat dalam Kabinet bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pada 1980-an, ketika Daim menjadi Menteri Kewangan dan Anwar adalah Menteri Pertanian.
Selepas beberapa tahun di luar politik, Daim kembali pada 1998 untuk mengambil alih jawatan Menteri Kewangan daripada Anwar.
Anwar telah dipecat oleh Mahathir ekoran krisis kewangan 1997 berikutan kejatuhan antara pasangan itu.
Bagaimanapun, Anwar dan Daim berada di pihak yang sama sekali lagi pada 2018 ketika Anwar berkempen untuk Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Daim turut berkempen untuk Anwar, berikutan pengampunan diraja dan dibebaskan dari penjara, dalam pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Port Dickson pada Oktober 2018.