Nasional
Kementerian Pengangkutan tak beri arahan tarik balik lesen warga emas
KEMENTERIAN Pengangkutan tidak pernah mengeluarkan arahan supaya warga emas berusia 70 tahun ke atas kembalikan lesen memandu mereka, tegas menterinya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.
Beliau berkata, tindakan itu bukan pendirian kementeriannya.
“Kementerian Pengangkutan tidak pernah bagi arahan untuk mensyaratkan warga emas melebihi 70 tahun untuk menarik lesen, tidak pernah, kerana kompetensi setiap orang berlainan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.