Nasional

Kelonggaran yang lebih pemakaian pelitup muka: Tak perlu ikut seperti Singapura

“KALAU Singapura tak pakai pelitup muka atau mask, tak kan kelonggaran itu, kita ikut rentak yang sama,” kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, sudah menjadi satu kebiasaan baharu bagi penduduk Malaysia termasuk warga asing atau tempatan memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam.

“Ada baiknya Kementerian Kesihatan atau KKM yang tentukan dan pertimbangkan perkara itu,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika diajukan soalan berhubung negara jiran Singapura melonggarkan lagi pemakaian pelitup muka di negara republik itu pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara, hari ini.

Kata Muhyiddin, persoalan lebih melonggarkan lagi pemakaian pelitup muka dibangkitkan oleh beliau sendiri dalam mesyuarat MPN yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kesihatan.

Beliau berkata, Timbalan Menteri Kesihatan ada membentangkan perkara itu.

“Kalau semuanya sudah okay untuk tidak memakai pelitup muka, tak pakai.

“Bukan kerana Singapura buat, kita pun buat,” ujarnya.

MPN kata Muhyiddin bukan sebagai badan eksekutif dan hanya mampu memberi pandangan.

Justeru katanya ekonomi dan sektor pelancongan penting dan perlu dipulihkan dalam tempoh tiga tahun, bukan empat tahun seperti yang diunjurkan oleh kementerian tersebut.

“Majlis berpendapat tempoh pemulihan empat tahun yang diunjurkan MOTAC adalah terlalu panjang.

“Majlis mengesyorkan kerajaan mempertingkatkan inisiatif penggalakkan pelancongan dan penambahbaikan struktur secepat mungkin bagi memastikan industri pelacongan negara kekal berdaya saing dan tidak ketinggalan dalam gelombang pemulihan rantau Asia Tenggara,” ujarnya.

Tambah beliau, walaupun sudah diumumkan peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi namun MPN berpendapat banyak lagi usaha yang perlu dilakukan.

“Sebab itu kita tidak boleh berpuas hati walaupun pada zahir nampak okay tetapi data-data belum memuaskan.

“Satu tindakan yang lebih tegas dan fokus perlu dilakukan.

“MPN boleh beri pandangan dan nasihat, terpulang sama ada kemwnterian, agensi, kabinet atau pihak swasta mahu menerimanya,” katanya sambil menambah, MOTAC penting dan sektor pelacongan
membawa RM180 bilion hasil kepada ekonomi. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button