Nasional
Kedai Buku Paling ‘Instagrammable’ di Kuala Lumpur !
Bookxcess memang terkenal dengan pembukaan kedai mereka di lokasi-lokasi yang unik dan ‘out-of-the-box’.
Kalau di Kuala Lumpur, anda boleh mengunjungi BookXcess yang terletak di REXKL.
RexKL dahulunya adalah sebuah bangunan panggung wayang kini merupakan hub kreatif dan perniagaan selepas diambil alih pada 2018.
Bookxcess di RexKL menempatkan kira-kira 80,000 buah buku yang disusun di rak umpama labirin daripada lantai sehingga ke siling.
📍Bookxcess RexKL, Jalan Sultan, City Centre, 50000, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur