Pendidikan

Karya seni Mural QuickBites terima pengiktirafan The Malaysia Book Of Records

Gardenia QuickBites berjaya mencipta sejarah dengan menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records untuk ‘Most Wall Murals In A Branding Campaign’. Pengiktirafan tersebut telah diperolehi semasa di
Penyampaian Anugerah QuickBites 2024 ‘Minda Sihat, Cergas Fizikal’ yang telah berlangsung di Hotel Renaissance baru-baru ini.

Ini adalah pengiktirafan yang julung kalinya diterima oleh Gardenia daripada The Malaysia Book of Records dan berharap pencapaian ini dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak penciptaan impak yang positif untuk masyarakat.

Program ‘Minda Sihat Cergas Fizikal’ Bersama QuickBites 2024 telah berjaya memberi manfaat kepada lebih kurang 130,000 orang murid dan guru daripada lebih 120 buah sekolah menengah di seluruh Semenanjung Malaysia sejak mula dijalankan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24 (2) Shah Alam telah dinobatkan sebagai Pemenang Hadiah Utama dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000.00.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Azman bin Mashuri, Timbalan Pengarah, Sektor Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Puan Lavinia Anthony, Pengurus Pemasaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.

“Pertandingan mural yang bertemakan ‘Minda Sihat, Cergas Fizikal’ ini dapat mendorong murid dan guru sekolah untuk menyerlahkan kreativiti dan bakat mereka di samping memfokuskan kepada gaya hidup sihat mental dan fizikal.

Ini selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk melahirkan generasi holistik dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. KPM mengucapkan setinggi penghargaan kepada Gardenia QuickBites, kerana telah mewujudkan peluang untuk
murid sekolah menonjolkan bakat dan minat mereka di luar persekitaran bilik darjah yang formal,” kata Tuan Haji Azman bin Mashuri. Lavinia berkata, “Matlamat program ini adalah untuk memperkasakan bakal pemimpin menerusi aktiviti pembudayaan gaya hidup sihat yang merangkumi aspek kesihatan mental dan fizikal secara holistik.

Melalui program ini, QuickBites berharap agar dapat meningkatkan kesedaran di kalangan murid sekolah tentang
kepentingan menjaga kesihatan mental dalam kehidupan seharian mereka.

Komponen utama program ini merangkumi pertandingan mural antara lebih daripada 120 buah sekolah yang boleh digunakan sebagai satu saluran untuk release stress kerana pada zaman ini, ramai murid yang begitu tertekan untuk meraih keputusan yang cemerlang. Pada masa yang sama, usaha ini telah menobatkan kami sebagai pemegang rekod The Malaysia Book Of Records untuk ‘Most Wall Murals In A Branding Campaign’.”

“Gardenia QuickBites turut berbesar hati kerana dapat menyediakan platform dengan kolaborasi bersama Kementerian Pendidikan Malaysia untuk murid-murid bekerjasama dan bersatu-padu dalam menghasilkan karya mural paling kreatif dan cantik serta dapat mewujudkan suasana yang lebih ceria apabila berada di sekolah.

Selain daripada dapat mewujudkan semangat daya saing yang sihat dalam diri murid, kami yakin bahawa aktiviti sebegini dapat menzahirkan rasa ceria dan membina kenangan yang menyeronokkan dalam diri murid dan guru itu sendiri untuk seumur hidup, selaras dengan teras utama QuickBites; Serlahkan Keceriaan,”
ujarnya lagi.

Pertandingan Mural ‘Minda Sihat, Cergas Fizikal. Serlahkan Keceriaan Bersama Gardenia QuickBites’ Pertandingan mural tersebut telah berlangsung dalam tempoh tiga bulan bermula Februari hingga Mei yang lalu dan sekolah yang mengambil bahagian perlu memilih kawasan yang sesuai dan melaksanakan secara berkumpulan melibatkan penglibatan antara murid dan pemantauan guru. Mural bertemakan ‘Minda Sihat,

Cergas Fizikal’ perlu dihantar kepada pihak QuickBites pada 24 Mei yang lalu untuk sesi penilaian, dan keputusan pemenang telah diumumkan dalam Majlis Penyampaian Anugerah QuickBites 2024 tersebut.
Senarai Penerima Anugerah QuickBites 2024 ‘Minda Sihat, Cergas Fizikal’ adalah
seperti berikut:

Hadiah Utama:
SMK Seksyen 24 (2),
Selangor

Wang tunai RM5,000 beserta Sijil Penghargaan

Tempat 1:
SMK Bukit Kepayang,
Negeri Sembilan

Wang tunai RM3,000 beserta Sijil Penghargaan

Tempat 2:
SMK Seremban 2,
Negeri Sembilan

Wang tunai RM2,000 beserta Sijil Penghargaan

Tempat 3:
SMK Wangsa Maju Seksyen 2,
Kuala Lumpur

Wang tunai RM1,000 beserta Sijil Penghargaan

Saguhati:
SMK Bandar Puncak Jalil,
Selangor

Wang tunai RM500 beserta Sijil Penghargaan

Saguhati:
SMJK Ave Maria Convent,
Perak

Wang tunai RM500 beserta Sijil Penghargaan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button