Karnival pemerkasaan ekonomi 2024, platform utama untuk usahawan dan komuniti
KHALIFAH World Global Sdn Bhd akan menganjurkan Karnival Pemerkasaan Ekonomi 2024 yang bakal berlangsung pada 20 hingga 22 Disember 2024 di UTM Hotel & Residensi. Karnival ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik serta peluang berharga yang pasti memberi manfaat kepada pengunjung, terutamanya usahawan, profesional, dan masyarakat setempat.
Acara ini bertujuan untuk, Memberdayakan usahawan tempatan memberikan sokongan kepada perniagaan kecil dan sederhana, Memperkasa komuniti ekonomi digital, memperkenalkan peluang baru dalam dunia ekonomi digital, Membuka peluang pendidikan dan latihan memperkasa individu dengan pengetahuan dan kemahiran baru, Menggalakkan kerjasama dan jaringan mempertemukan pelbagai pihak untuk membina hubungan perniagaan yang lebih strategik.
Karnival Pemerkasaan Ekonomi 2024 bukan sekadar acara biasa, ia adalah platform utama untuk: Meningkatkan pengetahuan dalam bidang ekonomi dan perniagaan. Membina jaringan profesional yang strategik untuk memperluas peluang kerjaya atau perniagaan. Mengkaji peluang ekonomi inovatif yang mampu merubah landskap perniagaan dan komuniti.
Antara aktiviti menarik yang akan diadakan di karnival ini adalah:
1️⃣ Penjualan Produk Tempatan – Menyokong usahawan tempatan dengan pelbagai produk menarik.
2️⃣ Aktiviti Derma Darah – Menyertai aktiviti amal bagi membantu mereka yang memerlukan.
3️⃣ Persembahan Artis Popular – Nikmati persembahan daripada Radhi OAG, Lan Solo, Ani Mayuni, Shidi Data, dan ramai lagi.
4️⃣ Persembahan Khas – Termasuk persembahan dari anak-anak OKU, penari Aswara, serta Ms & Mrs Legend Universal.
5️⃣ Pertandingan Sukan – Sertai pertandingan Bowling, Snooker, dan e-Sport Mobile Legend.
6️⃣ Vendor Artis Terkenal – Dapatkan produk dari artis-artis popular seperti Ako Mustafa, Noraniza Idris, Tyzo, Nazeera Sardi, dan DJ Shah THR Gegar.
Selain daripada peluang perniagaan, acara ini turut menawarkan hiburan yang menyeronokkan, menjadikannya acara yang tidak hanya bermanfaat tetapi juga penuh keceriaan.
Penyertaan dan Tajaan
Masih ada peluang untuk menjadi vendor, menyertai pertandingan sukan, atau menjadi penaja acara ini. Jangan lepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam karnival yang penuh dengan manfaat ini.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut:
Lyla – +6011 1099 4947
Ikuti kami di media sosial:
Instagram: @karnivalpe24
TikTok: @karnivalpe24
Facebook: Karnival Pemerkasaan Ekonomi
Jom hadir ke Karnival Pemerkasaan Ekonomi 2024 untuk peluang yang penuh dengan manfaat dan hiburan!