Rencah Hidup

Kari Sembilang Pak Ngah Ali Simpang Tiga jadi tumpuan ramai

Kari sembilang antara makanan popular di Daerah Kerian menjadi kegemaran orang ramai yang berkunjung ke Parit Buntar.

Ikan sembilang terdapat dipersekitaran Selingsing Kuala Gula Tanjong Piandang dan Kuala Kurau. Spesis ikan sembilang berbagai jenis hidup di hutan bakau disekitar pantai dan sebagainya.

Ikan sembilang isi nya lembut manis sedap dimakan dibuat gulai (kari) selain daripada goreng.

Kata Pak Ngah Ali biasa kedai saya sejak dibuka lebih kurang hampir 20 tahun lalu dari pagi sehingga pukul 9 pagi dan ditutup bila kehabisan ikan sembilang.

Ikan sembilang dijual mengikut kehendak pelanggan bahagian kepala ,isi,dan ekor dengan harga mengikut saiz berpatutan.

Hari rabu restoran itu akan ditutup dan kadangkala terpaksa tutup apabila tiada bekalan ikan sembilang.

Bekalan ikan sembilang kita dapat daripada peraih tempatan dan persekitaran kawasan ini.

“Adunan rempah kari kita giling sendiri di rumah berbekalkan resepi warisan keluarga,” kata Pak Ngah.

Foto/teks: Malik Aslie

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button