Politik

Kandungan perlu ditapis, ramai jadikan media sosial sebagai panduan – Young Syefura

KEBANYAKAN masyarakat hari ini khususnya generasi muda seperti sudah terbiasa menjadikan media sosial sebagai panduan kehidupan mereka.

Sehubungan itu bagi Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman, suka atau tidak, aplikasi dan kandungan yang tersedia dalam media sosial wajar ditapis.

“Semua mengambil maklum bahawa terdapat pelbagai bahan negatif yang membawa kepada perpecahan Malaysia dengan membangkitkan api perkauman.

“Aplikasi seperti Tiktok, Instagram dan Twitter perlu ditapis sepenuhnya agar tiada kecenderungan kepada hal ehwal negatif dan perkauman,” katanya.

Young Syefura berkata demikian kepada Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur.

Dalam kunjungan hormat itu, yang turut bersama Young Syefura adalah delegasi DAP Pahang seperti Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui, Timbalan Speaker Pahang, Lee Chin Chen.

Selain itu, ADUN Tanah Rata, Ho Chi Yang, ADUN Tras, Tengku Zulpuri dan Setiausaha Politik Menteri KPKT, Yoke Kong turut meluangkan masa untuk bersama.

Young Syefura turut membangkitkan isu masalah rangkaian internet di kawasan Bentong khususnya FELDA dan kampung yang masih lagi tiada akses capaian internet yang baik.

“Ini memberikan masalah kepada pelajar untuk membuat latihan diatas talian. Begitu juga kawasan perlancongan seperti Kampung Janda Baik yang masih mempunyai rangkaian tidak memuaskan.

“Ini memberikan impak kepada pelancong luar yang mengeluh dengan keadaan tersebut. Saya mengucapkan terima kasih kepada Nie Ching atas ruang dan masa diberikan,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button