“Kalau tak beli benih padi kami, jangan harap kilang beli padi kau,” – Mafia padi Kedah
Siapa cakap orang-orang Melayu telah merdeka sepenuhnya? Setelah British berambus puluhan tahun dahulu, kini ada puak-puak lain cuba jadi Israel di Malaysia.
Salah satu pecahan puak-puak lain cuba jadi Israel di Malaysia adalah geng-geng kartel atau mafia padi di Kedah yang menguasai ekosistem paling bangsat.
Mereka memaksa orang-orang Melayu di Kedah yang bekerja sebagai pesawah untuk membeli benih padi yang mereka bekalkan, kononnya itulah yang terbaik.
Namun yang bercucuk tanam bukan mereka, mereka cuma terima duit dan layan kekayaan hasil peras ugut, yang sakit pinggang sampai berpeluh, pesawah.
Paling celaka, mafia padi di Kedah ini siap berani ugut pesawah jika tidak membeli benih padi daripada mereka, tiada kilang akan membeli padi yang dituai.
Perkara ini didedahkan oleh seorang pesawah moden yang berpendidikan, bukannya seperti mafia padi di Kedah yang jelas benak akal fikirannya kerana makan sumber haram.
Video pendedahan yang dibuat pesawah moden berkenaan juga dipadam TikTok atas alasan yang tidak munasabah, seolah-olah sedang ditutup.
Namun demikian, beringatlah.. Tanah Melayu ini tuannya masih hak milik orang-orang Melayu berpayungkan kuasa raja-raja Melayu dan kewujudan mafia padi ini satu penghinaan.
Sehubungan itu, budaya kartel, mafia, bangsat, gangster dan sebagainya, suka atau tidak, perlu dihapuskan dengan apa-apa cara sekali pun kerana nasib pesawah siapa yang nak bela?
Pekerja Kerajaan dalam bangunan berhawa dingin? Pekerja swasta dengan gaji lima angka? TikTokers yang buat paid review sampai boleh bercuti ke luar negara? Nasib pesawah tiada sesiapa yang peduli!