Hiburan

‘Kad promosi digital’ amik kesempatan terhadap isu Ruhainies dan Aliff

PELAKON, Ruhainies, 32, berang dengan sikap sebuah syarikat yang cuba mengambil kesempatan ke atas isu bersama pelakon, Aliff Aziz dengan memuat naik kad undagan yang kononya mereka bakal mengadakan majlis pertunangannya yang sedang tular di media sosial.

Tidak berdiam diri dengan fitnah dilemparkan sejak semalam. Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas tampil mempertahankan diri.

 

“Kepada pemilik akaun ini, saya akan memastikan anda mendapat balasan.Pengajaran untuk syarikat lain juga yang tidak bertanggungjawab, selama ini mereka cerita demi menaikkan pengikut dan tontonan.

 

 

“Saya sudah lama berdiam. Kepada pengguna Instagram yang saya hormati, bijaklah menilai dan jangan cepat percaya apa yang dipaparkan dalam media sosial.

 

“Fitnah sudah jadi kebiasaan untuk mereka ini. Dunia ini sudah tenat,” katanya menerusi Instagram Story.

 

Dalam masa sama, Ruhainies turut mengingatkan kepada pengikut media sosial berkongsi maklumat mengenai mana-mana pihak yang dengan sengaja menyebarkan fitnah terhadapnya.

 

Saya mohon kepada pengikut untuk kongsi dengan saya melalui mesej jika terdapat mana-mana lagi manusia tidak bertanggungjawab menabur fitnah.

 

“Sama-sama kita bantu untuk ambil tindakan sewajarnya. Mungkin hari ini saya yang kena, hari lain orang yang anda sayang pula.

 

“Saya mohon untuk semua membuat laporan mengenai akaun ini dalam Instagram, TikTok mereka juga. Terima kasih dan semoga Allah membalas jasa baik semua,” katanya.

 

Terdahulu, tular dalam media sosial kad digital majlis pertunangan Ruhainies dengan Aliff yang dikatakan berlangsung pada 29 Jun ini.

 

Pada 9 Mac lalu, Ruhainies dan Aliff ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu kota.

 

Pada 20 Jun lalu, pasangan ini hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan untuk lanjutan bon jamin membabitkan kes tangkapan khalwat mereka.

Risteena bakal ambil tindakan undang-undang terhadap netizen lebih tahu kes Ruhainis dan Aliff 

Aliff Aziz buat “come back” curang semula dengan Bella – Netizen

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button