Jumlah sembuh Covid-19 melepasi 92 peratus, kes aktif tinggal 521
NEGARA terus mencatatkan keputusan positif dalam menurunkan kadar jangkitan Covid-19 dengan jumlah sembuh hari ini mencatatkan 92.46 peratus atau 7,873 kes termasuk hari ini 140 orang. Jumlah keseluruhan yang dijangkiti iaitu virus maut itu seramai 8,515 orang.
Manakala bilangan kes aktif juga terus menurun dengan bilangan yang masih dirawat adalah seramai 521 orang termasuk kes baharu 10 orang hari ini.
Jangkitan terbaharu itu melibatkan kes tempatan dengan 7 orang adalah warganegara Malaysia dan tiga lagi warga asing.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, masih terdapat empat orang dirawat di unit rawatan rapi dan tidak ada kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara tiada kes kematian dilaporakan dengan jumlah kematian kekal 121 orang.-SM