Luar Negara

Jumlah kematian akibat Covid-19 di Sepanyol atasi China

JUMLAH kematian akibat Covid-19 di Sepanyol kini sudah mengatasi China.

Jumlah kematian akibat Covid-19 di negara itu kini kedua tertinggi di dunia, selepas 738 kematian dilaporkan semalam Rabu 25 Mac, angka menggerunkan di negara itu dalam sehari, lapor AP.

Dengan 3,434 pesakit coronavirus meninggal dunia, Sepanyol mengatasi angka kematian di China sebanyak 3,285.

Itali masih mencatat kematian paling banyak di dunia dengan 6,820 orang.

Jangkitan COVID-19 di Sepanyol juga naik 20% sehari sebelumnya kepada 47,610.

Jumlah yang positif Covid-19 pula meningkat 20 peratus kepada 47,610.

BERITA BERKAITAN:

Berita buruk mengenai jumlah kematian akibat Covid-19 itu  hadir ketika Persekutuan Kesatuan Perubatan Sepanyol (CESM) mengemukakan tuntutan perundangan kepada Mahkamah Agung Sepanyol.

Meeka meminta supaya kementerian kesihatan menyediakan peralatan perlindungan kesihatan yang mencukupi secepat mungkin.

CESM mendakwa kementerian gagal menyediakan perlindungan yang mencukupi kepada pekerja kesihatan profesional untuk melaksanakan tugas mereka bagi mengurangkan risiko mereka dijangkiti wabak berbahaya itu.

Terdapat aduan mendakwa kementerian kesihatan negara itu melanggar cadangan oleh Pertubuhan Kesihatan duna (WHO).

WHO menyatakan doktor dan juruwawat serta pekerja lain yang terlibat perlu dipastikan dapat melaksanakan tugas denga pelindungan mencukupi tanpa jatuh sakit. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button