Politik
Jika Bukan Kerana Tan Yee Kew, Rafizi Ramli Takkan Muncul Bersama PKR
Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli mendedahkan kepada akar umbi parti tersebut tanpa Ahli Parlimen Wangsa Maju, Dr. Tan Yee Kew, beliau mungkin masih ‘berehat’.
Namun disebabkan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Yee Kew kepadanya, Rafizi perlu memikir semula penyertaannya dalam parti sekali gus membuat keputusan untuk bertanding dalam pemilihan PKR 2022.
Perkara itu didedahkan Rafizi sewaktu menghadiri jemputan Majlis Hari Raya Aidilfitri Anjuran PKR Wangsa Maju di The Palette, Taman Danau Kota.
@suaramerdekamy Ada sebab kenapa Rafizi Ramli teguh bersama Wangsa Maju!