AgamaRencah Hidup

Jemaah diingatkan hati-hati sebelum bayar visa haji jemputan

PERSATUAN Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) mengingatkan jemaah yang membeli pakej menggunakan Visa Haji Jemputan untuk berhati-hati sebelum membuat pembayaran kepada mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan pakej haji menerusi visa itu.

Presiden MATA, Datuk Dr Mohd Khalid Harun berkata ini kerana selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, pihak tertentu akan bersungguh-sungguh mempromosikan pakej haji dengan menabur pelbagai janji yang boleh menarik minat jemaah untuk membeli pakej mereka dengan membuat bayaran penuh.

Presiden MATA, Datuk Dr Mohd Khalid Harun

“Setiap tahun kami dimaklumkan dengan pelbagai berita mengenai jemaah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah dan sebagainya.

“Kementerian Haji di Arab Saudi menyediakan platform dalam talian rasmi iaitu jemaah dikehendaki mendapatkan dan membayar penempatan mereka di Mekah dan Madinah, khemah di Arafah, serta pengangkutan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Justeru beliau menggesa jemaah untuk tidak membuat sebarang pembayaran sehingga menerima pengesahan bahawa permohonan mereka untuk Visa Haji Jemputan telah diterima dan ia biasanya diterima pada saat-saat akhir. – BERNAMA – SM

BACA 5 negara termasuk jemaah Malaysia wajib guna imbasan biometrik untuk E-Visa umrah

BACA Jemaah umrah jangan salah guna Visa Pelancong dan Visa Umrah

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button