Ekonomi

Jangan terlepas pandang kontraktor kelas G1 sehingga G7

SEMALAM, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu lagi iaitu bermula pada 15 April sehingga 28 April.

Keputusan itu sememangnya satu langkah yang baik bagi mengelakkan penularan semula virus COVID-19 dalam kalangan masyarakat di negara kita.

Akan tetapi dalam sektor pembinaan seperti Kontraktor – Kontraktor kelas G3 – G7 di Sarawak, ada dalam kalangan mereka yang kurang gembira dengan tindakan Perdana Menteri itu.

Menurut kenyataan media oleh Yang DiPertua Persatuan Kontraktor Bumiputra Malaysia (PKBM) Negeri Sarawak, Datuk Seri Abang Aditajayah Abang Alwi, mereka masih perlu membayar gaji pekerja walaupun kerja-kerja tidak dijalankan.

Oleh sebab pelaksanaan PKP ini, banyak pembayaran kepada pihak kontraktor tidak dapat dijelaskan kerana kebanyakan agensi kerajaan tidak beroperasi.

Beliau berkata, glongan ini terutama kelas G3-G7 masih tidak dapat beroperasi ketika PKP dan hal ini menyebabkan kewangan syarikat terjejas teruk dengan ekonomi dunia yang juga merudum.

BACA

Semalam, Kementerian Perdagangan Antarabangsa  dan Industri (MITI) mengumumkan beberapa sektor yang dibenarkan beroperasi.

Kebenaran diberikan itu termasuk sektor automotif dan pembinaan seperti Kontraktor kelas G1 – G2 sebagai kontraktor utama dan projek-projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas.

“PKBM Sarawak memohon dan merayu pertimbangan Kerajaan Pusat untuk turut memberi kebenaran, beroperasi sama seperti kontraktor kelas G3-G7 untuk mereka meneruskan pelaksanaan projek yang sudah beroperasi dan disahkan mencapai kemajuan fizikal sebanyak 70% dan ke atas,” katanya.

Beliau berkata lagi, kebenaran beroperasi ini secara langsung membantu aliran tunai dan kos operasi syarikat yang terlibat.

Di samping itu, ujar beliau, ia juga menjamin pemulihan perniagaan pembangunan untuk kekal mampan dalam sektor pembinaan dan perkhidmatan penyelenggaraan bangunan.

“Diharapkan Kerajaan Pusat memberi pertimbangan khas kepada Kontraktor kelas G1 sehingga G7 dan bukan kepada kontraktor kelas G1 sahaja dengan memberi satu pakej khas kepada para terutamanya di Sarawak yang amat memerlukan perhatian daripada pihak Kerajaan Pusat untuk kelangsungan masa depan selepas wabak COVID-19 melanda,” tegasnya.

Dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi (MTE), beliau berkata, pihak persatuan dijemput untuk hadir sama dalam mesyuarat berkenaan tetapi sayangnya segala input yang diberi kurang menyeluruh.

Justeru beliau mengharapkan Kerajaan Pusat mengambil kira luahan dan permasalahan yang dihadapi oleh para kontraktor kelas G1 sehingga G7. –  SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button