Rencah Hidup

Jaminan barang keperluan harian mencukupi – Ismail Sabri

Menjelang Ramadan

SEMALAM, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan orang ramai agar merancang pembelian barang-barang untuk menyambut puasa.

Pembelian yang dirancang supaya tidak berlaku terlalu bersesak-sesak sehingga terlupa jarak sosial di antara satu sama lain.

Menteri Kanan itu turut memberi jaminan, orang ramai tidak perlu bimbang kerana barang-barang keperluan dalam bulan Ramadan ini adalah mencukupi.

Bahkan, KPDNHEP dan agensi serta kementerian yang berkaitan memaklumkan orang ramai bahawa mereka senitasa memantau bekalan barangan keperluan dan makanan harian dalam negara.

Secara amnya, bekalan adalah mencukupi untuk rakyat Malaysai.

Teringat ucapan Ismail Sabri semalam dalam sidang akhbar hariannya, beliau sekali lagi mengingatkan orang ramai yang pergi ke pasar atau pasar raya, patuhlah kepada arahan yang dikeluarkan termasuk penjarakan sosial dilaksanakan.

Katanya, di pasar raya memang penjarakan sosial dilaksanakan walaupun barisan begitu panjang-beratur hendak memasuki pasar raya.

Oleh itu, Ismail Sabri menekankan, orang ramai boleh buat perancangan sebelum keluar supaya barisannya tidak begitu panjang.

Selain peringatan kepada khalayak untuk membuat perancangan pembelian sempena bulan Ramadan, petang ini, anak bulan Ramadan akan dicerap di 15 lokasi.

Jika kelihatan, esok kita semua berpuasa. Perkiraan rukyah dan hisab turut diambil kira selain daripada melihat sama ada kelihatan atau tidak anak bulan Ramadan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button