Nasional

Putra bantah Perak larang kempen #BMF di masjid, surau

MUNGKIN Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bimbang akan berlaku kemeruduman perniagaan masyarakat bukan Islam.

Maka, satu arahan dikeluarkan oleh pihaknya supaya melarang kempen utamakan produk Muslim (#BMF) di dalam masjid dan surau di Perak.

Agak keterlaluan apabila pihak JAIPk sendiri menyukarkan kempen bagi mempromosikan ekonomi masyarakat Islam.

Sehingga mengarahkan mana-mana pihak yang mahu berbuat demikian perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu.

Related Articles

Hal demikian turut dipertikaikan Ketua Pergerakan Wira Putra Malaysia, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif yang menyifatkannya sebagai menindas sesama sendiri.

NASRUL ALI HASAN ABDUL LATIF

Katanya melalui status yang dimuat naik dalam Facebooknya, arahan yang dikeluarkan oleh JAIPk itu sebagai bertentangan dengan amalan persaudaraan dalam Islam.

“Sepatutnya menjadi amalan kita untuk memudahcara segala bentuk yang memperkukuhkan lagi silaturrahim sesama umat Islam.

“Di masjid dan surau yang memang tempat terbaik berkumpulnya umat Islam perlu lalui proses panjang dengan nak dapatkan kebenaran segala bagai?” soalnya.

Beliau berkata demikian mengulas sepucuk surat dikeluarkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAIPk, Saiful Azizi Abdul Manap yang melarang sebarang kempen #BMF.

Dalam kandungan surat tersebut turut menjelaskan sekiranya terdapat kempen yang bertujuan bagi maksud #BMF perlu mendapatkan kebenaran.

Menurutnya, mana-mana pihak perlu mematuhi Peraturan 4(h) dan Peraturan 23(f) Peraturan-Peraturan Jawatankuasa Kariah Negeri Perak 2015. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button