Belang Bertempat

Isu beras Tok Him tanya “Kementerian Rahmah”, Syed Mokhtar Al Bukhary buat apa?

RAKYAT MALAYSIA belum lagi sampai ke tahap kronik mati kelaparan atau kebuluran seperti di rakyat negara dunia ketiga kerana tiada makanan seperti beras.

Bercakap pasal beras, memang ini merupakan satu isu yang semakin lama semakin kritikal melanda rakyat Malaysia.

DATUK Dr. Ibrahim Ali

Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali turut terpanggil untuk mengutarakan pandangan beliau tentang isu kekurangan beras yang semakin kritikal.

Seperti juga rakyat golongan marhaen, Ibrahm atau lebih mesra dengan panggilan Tok Him melihat bahawa jawapan Menteri dan agensi-agensi Kerajaan yang terlibat dengan isu beras ini, elok di bibir dan mulut bercakap dari apa yang ditulis atas kertas.

Namun rakyat terus menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan beras tempatan, kata Tok Him.

Related Articles

“Amat sedih dan memalukan Kerajaan Madani kerana seperti ayam betina mengeram tetapi tidak bertelur,” tempelak Tok Him dalam kenyataannya kepada SUARA MERDEKA.

Kata Tok Him, rakyat sudah mula mencatu beras dan sebagai contoh, di Bachang, misalnya, Zamrah Khalil terpaksa mencatu beras untuk mencukupkan makan empat orang anaknya yang mana Tok Him memetik contoh itu daripada sebuah portal berita tempatan.

Selaku Presiden Parti Putra, Tok Him yang sentiasa prihatin terhadap penderitaan rakyat menzahirkan rasa yang amat sedih dengan isu ketiadaan beras tempatan yang hilang daripada pasaran secara tiba-tiba sejak kebelakangan ini.

“Tiba-tiba hilang! Di negara kita mutakhir ini macam hilang dengan mudah.
“Duit rakyat hilang, tanah bernilai hilang, balak hilang, nadir bumi hilang dan macam-macam angkara lagi.

“Mungkin penguatkuasa bernama Tatakelola bercuti panjang,” soal Tok Him.

Kata Tok Him lagi, “Saya mahu bertanya secara langsung kepada Tan Sri Syed Mokhtar dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BERNAS yang merupakan pemain industri beras utama bagi negara.

“Soalannya, berapa banyakkah beras yang diimport setiap bulan di pasaran? Import di pasaran jumlahnya dengan yang diimport.

“Contohnya, kalau 100 tan beras diimport maka 100 tan mesti ada di pasaran. Kalau impot 100 tan beras tetapi di pasaran, katakan ada 300 tan, apakah ini boleh berlaku?”

Persoalan seterusnya, kata Tok Him, berapa peratuskah beras tempatan yang sama kualiti dengan beras impot?

“Ini sepatutnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri kena tahu. Kini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sibuk dengan urusan jualan Rahmah.

“Elok tukar nama Kementerian Rahmah.

“Sepatutnya tumpu kepada penguatkuasaan semua sektor dengan tegas terutama memerangi berbagai kartel tanpa tolak ansur. Perang all out terhadap berbagai jenis kartel. Takut ke?” kata Tok Him lagi.

Menyeludup keluar beras tempatan macam mana? Bukan setakat minyak diesel sahaja, kata Tok Him.

“Semua sedia maklum sebelum ini Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary berjanji BERNAS akan menyumbang RM50 juta tahun in untuk petani.

“Tahun lalu RM10 juta. Apakah mungkin masalah beras tempatan kurang disebabkan games atau permainan-permainan kerana ada pihak mahu mencari untung,” katanya.

Tok Him berkata, dalam ilmu ekonomi, apabila kos ditanggung oleh pengeluar dengan dikenakan cukai tambahan, maka pengeluar akan menaikkan harga barang kononnya untuk mengatasi kerugian.

“Selalunya penggunalah yang tanggung dan menderita,” ujarnya.

Sehubungan itu, kata Tok Him, PUTRA ingin mencadangkan kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) supaya lupakan RM50 juta dari BERNAS tetapi pastikan bekalan beras tempatan kembali pulih di pasaran seperti biasa.

“Mengenai urusan membela para petani, boleh diurus cara lain.

“What is RM50 million? Ramai tokoh koporat yang mendapat faedah dari Kerajaan sepatutnya menyumbang kepada Tabung Kemiskinan Negara.

“Sama-samalah kita rakyat Malaysia menunggu jawapan dari Syed Mokhtar Al Bukhary, BERNAS dan PMX,” kata Tok Him. – SM

BACA Bekalan beras putih tempatan pulih dalam tempoh sebulan-Mohamad Sabu

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button