Luar Negara

Israel sudah melampau! curi organ jenazah penduduk Gaza pula

Dianggarkan 20,900 penduduk Gaza terbunuh kerana serangan kejam dari tentera Israel dan kebanyakan terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 54,000 lagi cedera.

Menurut laporan Pejabat Media Kerajaan (GMO), rejim Zionis memulangkan 80 jenazah rakyat Palestin yang terkorban di Semenanjung Gaza kepada Pertubuhan Palang Merah melalui Lintasan Sempadan Kerem Shalom
Namun, apa yang mengeramkan!, jenazah yang di pulangkan itu telah kehilangan organ dalaman seperti hati, buah pinggang dan jantung, didakwa dicuri oleh tentera Israel.

‘’Tentera Israel juga enggan mendedahkan nama dan lokasi dari mana jenazah itu diambil semasa perang di Gaza.

‘‘Selepas pemeriksaan, keadaan fizikal jenazah itu didapati berubah dengan ketara yang merupakan bukti ielas bahawa Israel mencuri organ di dalam tubuh mangsa yang terkorban,” katanya.

Tambah GMO, ini bukan kali pertama Israel melakukan jenayah sedemikian sebelum ini, tentera Israel pernah menggali tanah perkuburan di kem pelarian Jabalia, Semenanjung Gaza untuk mencuri jenazah penduduk Palestin dan menyimpannya.

Justeru, GMO menggesa supaya sebuah suruhaniaya siasatan bebas ditubuhkan untuk menyiasat kecurian jenazah dan organ dalaman mangsa yang terkorban oleh tentera Israel.

Pakar-pakai perubatan juga melaporkan terdapat bahagian penting seperti hati, buah pinggang, jantung, koklea dan kornea hilang, sudah jelas membuktikan berlaku kecurian organ.

Artikle Berkaitan :>

Tentera zionis Israel lancar serangan sengit ke atas Hospital Al-Shifa

Taiwan bersikap hipokrasi dalam isu Palestin-Israel

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button