Israel ceroboh bandar Aleppo di Syria, 12 terbunuh
Serangan udara Israel selepas tengah malam pada Isnin membunuh 12 tentera yang didakwa pro-Iran di wilayah utara Syria, Aleppo, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.
Mangsa yang terbunuh terdiri daripada warga Syria dan bukan Syria, mempunyai kehadiran yang ketara di kawasan sekitar bandar Aleppo, katanya.
Serangan itu dilakukan ke atas beberapa tapak di kawasan luar bandar Aleppo, terutamanya di bandar Hayyan barat laut Aleppo. Beberapa letupan kedengaran di seluruh bandar.
Badan pemerhati itu menyatakan bahawa serangan itu datang sebagai sebahagian daripada peningkatan serangan Israel ke atas kedudukan yang dipegang oleh Hizbullah Lubnan dan militia Iran di Syria sejak bulan lalu.
Sementara itu, Kementerian Pertahanan Syria mengesahkan bahawa beberapa individu terbunuh dalam pencerobohan Israel yang menyasarkan tempat berhampiran Aleppo. – Xinhua