Ismail Sabri, Presiden UMNO PRU-15
Di antara barisan kepimpinan UMNO yang menerajui negara sebagai Perdana Menteri, DSIS merupakan satu-satunya yang berhadapan dengan segenap tekanan dari segenap segi terutamanya soal berkaitan politik, ekonomi dan sosial kesihatan awam.
Walaupun demikian, beliau tetap mampu bahkan melakar sejarah-sejarah baru negara dalam banyak aspek.
Peribadi yang terlihat lembut dan santun namun sangat tegas dalam menjunjung amanah di bahunya.
Dengan jumlah 38 kerusi untuk parti yang di wakilinya, beliau mampu memimpin kerajaan dengan sokongan 2/3 (termasuk sokongan pembangkang) yang membolehkan dasar-dasar dan belanjawan negara lulus secara majoriti.
Namun, untuk membolehkan DSIS jaya dalam menggapai aspirasi yang telah beliau gariskan buat Keluarga Malaysia, beliau memerlukan kedudukan politik yang lebih stabil dalam parti beliau sendiri.
Lebih-lebih lagi, pada ketika ini, UMNO yang di pimpin oleh DSZ.
Di bawah kepimpinan DSZH, UMNO telah melanggar banyak perlembagaan dalaman UMNO itu sendiri, bahkan tidak mematuhi perlembagaan negara yang di zahirkan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan.
Jadi adalah sangat wajar menjelang PRU-15, DSZH berundur secara terhormat dan memberikan kepimpinan tertinggi parti kepada PM-DSIS.
Ini dapat menunjukkan kepada UMNO itu sendiri bahawa Zahid Hamidi berjiwa besar, sekaligus menepis tomahan, bahawa DSZH selaku “kluster makhamah” mempergunakan UMNO semata-mata demi kepentingan diri sendiri.
UMNO juga akan di lihat semakin bersih serta kembali di yakini sebagai sebuah parti dan wadah perjuangan orang-orang Melayu yang berintegriti.
Ini lah yang di mahukan terutamanya oleh golongan muda khasnya “pengundi 18” yang akan mengundi buat pertama kali.
Golongan ini lah yang akan menjadi penentu utama keputusan PRU-15 kelak, sebagaimana gelombang anak muda menghasilkan keputusan bersejarah dengan tumbangnya UMNO-BN pada PRU-14.